Kerajaan sanjung tinggi jasa anggota tentera dan polis, kata PM

July 31, 2021 · Isu semasa

Kerajaan menghargai segala jerit perih, komitmen dan pengorbanan pahlawan dan perwira negara dalam mempertahankan keamanan, kemakmuran dan kedaulatan negara, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sempena sambutan Hari Pahlawan hari ini, beliau merakamkan penghargaan yang tinggi kepada warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas khidmat bakti yang dicurahkan

Katanya, sumbangan serta khidmat bakti warga ATM dan PDRM, khususnya mereka yang bertugas di barisan hadapan ketika negara berdepan penularan wabak Covid-19 tidak ternilai harganya.

“Dalam kita memerangi pandemik Covid-19, para pahlawan di barisan hadapan keselamatan ini telah membuktikan kesungguhan mereka dalam mempertaruhkan nyawa demi melindungi rakyat Malaysia, sehingga ada di antara mereka turut dijangkiti dan kehilangan nyawa.

“Daripada mengawal sempadan negara kepada sekatan jalanraya, daripada memastikan SOP dipatuhi kepada membantu golongan yang terkesan dengan agihan bakul makanan, daripada membantu menggerak program vaksinasi kepada merawat pesakit Covid-19 yang terjangkiti, para wira dan wirawati barisan hadapan ini sentiasa sederap bersama-sama pahlawan barisan hadapan kesihatan dalam memberikan perkhidmatan kepada rakyat dan negara.

“Kepada mereka yang masih dalam tugasan, terima kasih saya ucapkan. Semoga anda semua diberi kesihatan dan dilindungi daripada segala bahaya serta kemudaratan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Perdana Menteri juga menghargai jasa dan pengorbanan anggota polis dan tentera yang terkorban ketika menjalankan tugas mempertahankan kedaulatan negara.

“Buat ahli keluarga perwira negara yang terkorban semasa bertugas, jasa dan pengorbanan mereka tentunya tidak akan disia-siakan. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Tentunya pengorbanan mereka akan terus dikenang sepanjang zaman.

“Segala jerit perih, komitmen serta pengorbanan para pahlawan dan perwira negara, sama ada dahulu atau sekarang adalah demi mempertahankan keamanan, kemakmuran dan kedaulatan negara. Semoga khidmat bakti dan pengorbanan mereka disanjung tinggi dan diberkati. Insya-Allah,” kata Perdana Menteri.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023· Politik
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Popular
Jalan tertinggi di Malaysia dibuka
January 14, 2022
Kenapa harga ayam meningkat?
May 26, 2022
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Kos sara hidup tinggi: Pelajar IPT terpaksa tangguh pengajian
September 30, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok