[KEMAS KINI] Kes aktif 183,706, kluster baharu 47

July 30, 2021 · Isu semasa

Jumlah kes aktif Covid-19 di negara ini melonjak kepada 183,706 pesakit, sementara keseluruhan pesakit yang disahkan sembuh sehingga jam 12 tengah hari tadi turut meningkat kepada 902,921 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata 12,179 kes sembuh baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam, manakala 134 pesakit, termasuk enam bukan warganegara, meninggal dunia, menjadikan kumulatif kematian sebanyak 8,859 kes.

“Setakat ini 1,055 pesakit masih dirawat di unit rawatan rapi dan 532 pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu beliau memaklumkan 16,840 kes baharu, termasuk 2,820 yang membabitkan bukan warganegara Malaysia, dilaporkan di seluruh negara menjadikan keseluruhannya 1,095,486 kes kumulatif sejak wabak Covid-19 melanda negara awal tahun lalu.

“Daripada 16,840 kes harian yang dilaporkan hari ini, sebanyak 284 kes (1.7 peratus) adalah daripada kategori 3, 4 dan 5. Manakala sebanyak 16,556 kes (98.3 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2,” katanya.

Mengenai kadar kebolehjangkitan pula beliau berkata berdasarkan data terkini pada 29 Julai 2021, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.15.

“Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Terengganu (nilai RT 1.36) diikuti oleh Kelantan (nilai RT 1.27), dan Sabah (nilai RT 1.22). Semua negeri mencatatkan RT melebihi 1.0 kecuali Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Labuan, dan Perlis,” katanya.

Dr Noor Hisham juga memaklumkan dalam tempoh 24 jam itu 47 lagi kluster baharu direkodkan menjadikan keseluruhannya 3,651 kluster dengan 1,092 masih aktif manakala selebihnya sudah ditamatkan.

Berdasarkan data diterbitkan Kementerian Kesihatan (KKM), 24 daripada kluster baharu itu membabitkan jangkitan di tempat kerja, komuniti (17 kluster), kumpulan berisiko tinggi (tiga), Pendidikan (dua) dan satu kluster keagamaan.

Daripada 24 kluster tempat kerja, Johor merekodkan 10 kluster yang membabitkan 300 jangkitan dengan Indistri Jalan Nagaria di Kluang mencatat 85 kes jangkitan Covid-19.

Selangor merekodkan enam kluster tempat kerja dengan kes paling banyak iaitu 250 jangkitan membabitkan Industri Jalan Sepintas yang melibatkan daerah Klang, Kuala Langat dan Petaling, sementara kes kedua tertinggi membabitkan Tapak Bina Persiaran Rimbayu di Kuala Langat iaitu seramai 224 pesakit.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur turut mencatatkan tiga kluster baharu tempat kerja, Sarawak (dua), dan masing-masing satu di Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Melaka, dan Pahang.

Kelantan pula merekodkan tujuh kluster komuniti membabitkan 177 pesakit, Sarawak (enam), Sabah (dua) dan masing-masing satu di Perak dan Kedah.

Sementara itu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Kelantan turut mencatatkan masing-masing satu kluster kumpulan berisiko tinggi, manakala Melaka dan Selangor merekodkan kluster pendidikan, dan satu kluster keagamaan dilaporkan di Pahang.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Kesunyian punca jadi pembuli siber
September 9, 2022
Kenapa Anwar marah selepas pendedahan syarikat ‘scam’ mahu derma vaksin?
May 20, 2021
Tiada Ketua Polis Daerah di Selangor suspek kes dera
September 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
14 jam lalu · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok