CITF rancang sediakan PPV pendatang asing

July 30, 2021 · Isu semasa

Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) merancang mewujudkan beberapa Pusat Pemberian Vaksin (PPV) khusus kepada warga asing mengikut bahasa agar proses vaksinasi dapat dilakukan dengan lancar.

Sehubungan itu, CITF dalam kenyataan juga memaklumkan mencari penterjemah atau sukarelawan bagi membantu pendatang asing terbabit, terutama untuk mengisi borang dan memuat turun aplikasi MySejahtera.

Ini sekali gus akan mengatasi masalah kesesakan di PPV yang berpunca daripada kehadiran dalam bilangan yang ramai kumpulan itu, menyebabkan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP).

“Kegagalan pekerja asing dalam mengisi borang dan memuat turun aplikasi MySejahtera menyebabkan proses tersebut mengambil masa yang lama.

“Setiap pekerja asing memerlukan lebih lima minit untuk mengisi borang dan menyebabkan kesesakan di kaunter pendaftaran. Terdapat jurubahasa yang membantu, tetapi proses tersebut masih memakan masa,” kata CITF.

Kenyataan itu memaklumkan, kesesakan di beberapa PPV di Lembah Klang kelmarin juga terjadi apabila sebilangan besar daripada penerima vaksin hadir tidak mengikut waktu janji temu yang diberikan dengan datang pada waktu pagi sedangkan waktu janji temu adalah di sebelah petang.

Bagi mengelakkan masalah sama berulang, badan bertindak itu turut bekerjasama dengan pihak polis untuk menyekat perjalanan sebarang kenderaan seperti bas dari luar Lembah Klang yang membawa sama ada pekerja asing atau rakyat Malaysia secara beramai-ramai untuk mendapatkan suntikan vaksin di Lembah Klang.

Pada masa sama CITF juga telah meminda tarikh janji temu bagi sesetengah penerima vaksin untuk mengurangkan jumlah kehadiran agar kesesakan daripada masalah komunikasi melibatkan warga asing itu dapat dielakkan.

“Hasil daripada tindakan CITF ini, kesesakan di PPV yang terlibat terutamanya di waktu petang, dapat dikurangkan hari ini dan perkara berkenaan akan terus dipantau bagi membolehkan tindakan bersesuaian diambil dari semasa ke semasa,” menurut kenyataan itu.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024
Kasut selesa elak sakit kaki
January 24, 2022
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Penyakit berjangkit sedang ancam manusia!
August 25, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok