[KEMAS KINI] Jumlah pesakit sembuh melonjak ke angka tertinggi

July 29, 2021 · Isu semasa

Jumlah pesakit yang sembuh daripada jangkitan Covid-19 melonjak lagi dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi kepada angka tertinggi sejak wabak itu menular di negara ini awal tahun lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam tempoh itu 12,930 pesakit disahkan sembuh mejadikan kumulatif kepada 890,742 kes, sementara 179,179 kes lagi masih aktif dan sedang menerima rawatan.

Pada masa sama beliau berkata seramai 174 pesakit, termasuk 17 bukan warganegara Malaysia meninggal dunia dalam tempoh berkenaan menjadikan keseluruhannya 8,725 kes kematian.

“Seramai 1,043 pesakit masih dirawat di unit rawatan rapi dengan 531 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu beliau memaklumkan sebanyak 17,138 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam yang turut membabitkan 2,349 individu bukan warganegara.

“Daripada 17,170 kes harian yang dilaporkan hari ini, sebanyak 383 kes (2.3 peratus) adalah daripada kategori 3, 4 dan 5. Manakala sebanyak 16,787 kes (97.7 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2,” katanya.

Dr Noor Hisham juga memaklumkan 36 kluster baharu direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhannya 3,604 kluster dengan 1,064 masih aktif.

Berdasarkan data terbaharu yang dikeluarkan petang ini, jangkitan di tempat kerja merekodkan 18 kluster diikuti kluster komuniti sebanyak 14, kumpulan berisiko tinggi (tiga) dan pusat tahanan (satu).

Selangor merekodkan empat kluster tempat kerja diikuti masing-masing tiga di Kuala Lumpur dan Johor; masing-masing dua di Kelantan dan Perak; dan masing-masing satu di Sarawak, Negeri Sembilan, Melaka dan Sabah.

Sementara itu, Kelantan mencatatkan tujuh kluster komuniti diikuti dua di Sabah; dan masing-masing satu di Pahang, Johor, Sarawak, Kedah dan Perak.

Selangor turut mencatatlan dua kluster kumpulan berisiko tinggi, serta satu lagi di Perak.

Kluster pusat tahanan pula direkodkan di Muar Johor membabitkan 83 individu.

Mengenai kadar kebolehjangkitan, Dr Noor Hisham berkata berdasarkan data terkini pada 28 Julai 2021, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.16.
“Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Terengganu (nilai RT 1.33) diikuti oleh Kelantan (nilai RT 1.26), serta Sabah dan Pulau Pinang (nilai RT 1.25). Semua negeri mencatatkan RT melebihi 1.0 kecuali Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Labuan, dan Perlis,” katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
PMX umum peruntukan tambahan RM3O juta kepada sekolah Tamil
June 10, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok