Lanjutan kontrak pegawai perubatan melibatkan peruntukan RM1.2 bilion

July 26, 2021 · Isu semasa

Sebanyak RM1.2 bilion dibelanjakan Putrajaya bagi melanjutkan kontrak kira-kira 14,000 doktor perubatan, pergigian dan pegawai farmasi bagi tempoh dua tahun (atau 7,000 setiap kohort/tahun).

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata peruntukan yang dibelanjakan tersebut susulan keputusan kerajaan supaya pegawai perubatan, pergigian dan farmasi kontrak ditawarkan pelantikan secara kontrak selama dua tahun selepas melengkapkan tempoh khidmat wajib bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan serta persediaan untuk mengikuti pengajian di peringkat kepakaran.

“Kerajaan sangat prihatin terhadap tuntutan kumpulan petugas kesihatan kontrak itu dan sedar mengenai sumbangan serta peranan mereka sebagai barisan hadapan kesihatan dalam memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada rakyat, terutamanya dalam situasi pandemik COVID-19,” katanya dalam sesi soal jawab mengenai Program Pemulihan Negara (PPN) pada sidang khas Dewan Rakyat lapor Bernama.

Menjelaskan selanjutnya, Tengku Zafrul berkata kerajaan juga telah bersetuju melanjutkan pelantikan secara kontrak bagi tempoh maksimum empat tahun untuk kalangan pegawai perubatan dan pergigian yang diterima mengikuti pengajian kepakaran dalam tempoh kontrak dua tahun pertama.

Menurutnya, langkah itu bagi memastikan pegawai-pegawai berkenaan dapat melengkapkan pengajian kepakaran masing-masing.

Selain itu, Tengku Zafrul memaklumkan bahawa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengarahkan Kementerian Kesihatan serta agensi berkaitan merangka satu pelan komprehensif dan inklusif yang merangkumi tindakan segera, pelan jangka pendek, sederhana dan jangka panjang bagi hala tuju perkhidmatan perubatan.

Berita berkaitan
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024· Isu semasa
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Popular
Dua anggota tentera maut dihempap pokok ketika operasi di Gerik
July 11, 2022
Terdapat syarikat tandatangan MoU di China tiada rekod prestasi: Johari
May 22, 2023
Sembilan daripada 10 remaja perempuan ketagih seks: Kajian
September 27, 2021
Risiko beli sekarang, bayar kemudian
August 22, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok