KKM tubuh pasukan khas tangani kes Covid-19 di Lembah Klang

July 24, 2021 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini menubuhkan Pasukan Petugas Khas Lembah Klang (GKVSTF) bagi menangani isu berkaitan lonjakan jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital dan beban kepada sistem penjagaan kesihatan dengan kadar segera.

Antara tanggungjawab pasukan itu, termasuk penjagaan klinikal, pusat penilaian Covid-19 (CAC) dan pemantauan kendiri di rumah, epidemiologi, dan logistik perubatan dan umum.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Chong Chee Kheong berkata, pasukan itu juga akan menumpukan kepada sistem sokongan sosial kepada petugas barisan hadapan, sumber manusia dan kewangan serta komunikasi strategik.

Sehubungan itu katanya dua strategi dikenal pasti sebagai tindakan yang perlu diambil dengan kadar segera.

Pertama, Hospital Selayang ditukar sepenuhnya menjadi hospital Covid-19 bagi kawasan Lembah Klang. Pesakit bukan Covid-19 akan dipindahkan ke hospital swasta di wilayah tersebut untuk meningkatkan kapasiti katil bagi pesakit Covid-19 Kategori 3, 4, dan 5.

‘Operasi Selayang’ telah dimulakan dan akan selesai dalam masa 48 jam untuk menyediakan sebanyak 450 katil bagi kegunaan pesakit Covid-19, katanya dalam kenyataan hari ini.

Kedua, perhatian penuh akan diberikan bagi memastikan jangkaan keperluan bekalan oksigen, ubat-ubatan dan bekalan lain tidak terganggu.

“Ujian Covid-19 juga akan lebih mengutamakan individu yang bergejala. Bagaimanapun semua kes simptomatik ini masih perlu dinilai sama ada secara atas talian atau secara fizikal di CAC atau Pejabat Kesihatan Daerah yang berdekatan.

“Bagi kes positif yang tidak bergejala akan diarahkan untuk menjalani pengasingan di rumah selama 10 hari dan melaporkan diri secara atas talian dengan menggunakan Home Assesment Tools di aplikasi MySejahtera, e-Covid atau SELangkah,” katanya.

Dr Chong berkata kontak rapat kepada kes positif yang tidak bergejala adalah digalakkan untuk melakukan ujian pantas Covid-19 sama ada di klinik berhampiran atau menggunakan kit ujian kendiri dan melakukan pengasingan diri di rumah.

Katanya, langkah itu diambul supaya pengurangan kes Covid-19 dapat dilakukan di wilayah ini dan untuk mengelakkan daripada keadaan menjadi tidak terkawal.

“Dengan melakukan ujian kendiri dan pengasingan diri di rumah, diharapkan agar kes-kes yang memerlukan rawatan dapat diberikan dengan kadar segera manakala kontak yang tidak bergejala dapat melakukan ujian kendiri.

“Ini akan dilaksanakan apabila kit ujian kendiri boleh didapati dengan meluas,” katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024
Kasut selesa elak sakit kaki
January 24, 2022
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Penyakit berjangkit sedang ancam manusia!
August 25, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok