Hospital diarah guna baricitinib rawat pesakit Covid-19

July 23, 2021 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan (KKM) sudah mengarahkan semua hospital supaya menggunakan ubat baricitinib bagi merawat pesakit Covid-19 dan mencegah peningkatan risiko kesihatan yang lebih meruncing.

Menteri Kesaihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata ubat antiviral dan antiradang itu berupaya merawat pesakit dan mengelak mereka daripada beralih kepada kategori yang lebih teruk.

Katanya Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah sudah memaklumkan kepada semua hospital untuk menggunakan ubat berkenaan dan peruntukan untuk memperolehnya sudah dimaklumkan oleh Ketua Setiausaha KKM, Datuk Mohd Shafiq Abdullah.

“Kita mempercepatkan penggunaan ubat ini kerana kita yakin keberkesanannya dapat mencegah peningkatan risiko pesakit kepada kategori yang lebih teruk seperti dari kategori empat kepada lima,” katanya pada sidang media khas KKM, hari ini.

Beliau berkata KKM menggunakan formulasi ubat itu berikutan maklumat peningkatan atau peralihan pesakit kategori satu kepada keadaan kesihatan lebih meruncing, iaitu kategori tiga hingga lima adalah sangat dinamik.

Katanya, kadar pemberian kepada individu positif Covid-19 adalah dua hingga empat miligram (mg), dengan KKM sentiasa memantau dan mewajibkan pesakit membuat penilaian kesihatan kendiri menerusi aplikasi MySejahtera.

Sebelum ini, Presiden Persatuan Farmasi Malaysia (MPS), Amrahi Buang, berkata ubat Baricinab bersama-sama dengan remdesivir terbukti berkesan untuk merawat pesakit Covid-19 di hospital, berdasarkan hasil kajian di luar negara.

“Di Jepun, kerajaannya sudah meluluskan penggunaan ubat artritis reumatoid ‘baricitinib’ dalam rawatan jenis baru Covid-19. Kerajaan Jepun setakat ini juga meluluskan ubat ‘remdesivir’ dan ‘steroid dexamethasone’ dalam rawatan Covid-19. Ubat ini juga diluluskan Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat (AS) untuk kegunaan kecemasan.

“Ini ubat yang digunakan untuk penyakit artritis reumatoid yang dihasilkan oleh Amerika Eli Lily. Di AS, ubat baricitinib sudah disetujui untuk digunakan sebagai tambahan kepada ubat anti-virus ‘Remdesivir’ dalam rawatan pesakit Covid-19 yang memerlukan suplemen oksigen,” katanya

Penggunaan formulasi ubat itu berupaya memanfaatkan pesakit bagi kategori tiga supaya tidak terjerumus menjadi kategori empat dan lima yang mungkin boleh membawa maut.

Baricitinib adalah satu ubat oral yang berfungsi sebagai pencegah atau inhibitor untuk janus kinases satu dan dua (JAK1/2) dan mempunyai aktviti-aktiviti anti-keradangan, ‘immunomodulation’ dan antineopolastik.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Menteri bidas tindakan bekas pemain badminton negara keluar kata-kata perkauman
February 13, 2023
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024
Majlis Hari Raya dengan tarian separuh bogel, polis tahan instafamous
May 30, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
5 jam lalu · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok