Remaja 17 tahun ke bawah boleh daftar terima vaksin tapi tiada janji temu

July 22, 2021 · Isu semasa

Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) memaklumkan remaja dan kanak-kanak yang berusia 12 hingga 17 tahun boleh melakukan pendaftaran di dalam sistem MySejahtera.

Bagaimanapun tiada sebarang tarikh janji temu yang telah diberikan kepada golongan ini buat masa sekarang, kata CITF dalam kenyataan hari ini.

CITF berkata, melalui pendaftaran di sistem MySejahtera, sebarang maklumat mengenai pendaftaran vaksinasi akan dimaklumkan kepada golongan ini di dalam aplikasi tersebut.

“Ini kerana, Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) mengutamakan untuk melengkapkan Fasa 2 dan memantapkan pelaksanaan Fasa 3 di seluruh negara termasuk Operasi Lonjakan Kapasiti di Lembah Klang berikutan peningkatan kes harian di kawasan tersebut.

“Melalui hasil kajian di Amerika Syarikat, pihak kerajaan telah bersetuju untuk tidak memberikan vaksin Covid-19 kepada remaja yang berusia 17 tahun ke bawah termasuk bagi calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi mengelakkan sebarang risiko penyakit seperti myocarditis dan pericarditis (radang jantung) apabila remaja mengambil dos kedua suntikan vaksin Covid-19.

“Namun begitu, kerajaan mempertimbangkan bagi memberikan suntikan vaksin Covid-19 kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan dan telah mencapai umur 18 tahun mengikut penjadualan dan janji temu yang telah ditetapkan di aplikasi MySejahtera,” kata CITF.

Calon peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), dan mereka yang berusia 18 tahun pada tahun ini akan diberikan vaksin Covid-19.

Selain itu, kerajaan juga sedang mempergiatkan usaha untuk memberikan suntikan vaksin kepada guru, kakitangan sekolah dan staf sokongan sekolah sebagai persediaan pembukaan semula sekolah.

Pelaksanaan vaksinasi kepada tenaga pendidik ini akan berkerjasama dengan Pejabat Pendidikan dan Jabatan Kesihatan di peringkat negeri dan daerah yang terlibat.

Pihak Kementerian Kesihatan (KKM) akan memberikan suntikan vaksin Pfizer bagi golongan remaja yang mempunyai masalah kesihatan kronik dan bagi mereka yang berisiko tinggi dijangkiti Covid-19.

CITF akan memaklumkan mengenai status suntikan vaksin bagi remaja yang berusia 12 hingga 17 tahun selepas tarikh vaksinasi bagi golongan remaja 18 tahun diberikan.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Remaja cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok
December 2, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
SC sahkan syarikat diketuai orang kuat Anwar disiasat: Laporan
January 21, 2023
Banjir di Jempol, Gemas terburuk dalam tempoh 50 tahun
January 1, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok