Langgar SOP, MB Kedah sudah dikompaun

July 19, 2021 · Politik

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor sudah dikenakan kompaun susulan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) perintah kawalan pergerakan (PKP) ketika memandu uji sebuah kenderaan di Auto City Juru, Bukit Mertajam pada bulan lalu.

Tindakan kompaun tersebut disahkan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain yang berkata nilai kompaun yang dikenakan perlu ditanya kepada tuan badan sendiri tersebut.

“Kompaun telah diserahkan semalam, nilai kompaun tanya pada tuan badan sendiri,” katanya lapor sebuah portal hari ini.

Terdahulu, kes melibatkan Sanusi sebelum itu dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk tindakan lanjut.

Siasatan dilakukan susulan penularan gambar dan video di media sosial memaparkan individu dipercayai Muhammad Sanusi memandu uji sebuah kereta di Autocity Juru.

Video dan gambar itu dimuat naik seorang pengguna di Facebook yang mempersoalkan tindakan berkenaan.

Muhammad Sanusi dilihat datang ke pusat terbabit bersama dua lelaki dengan menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard milik Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (SADA) kira-kira jam 6.30 petang pada 5 Jun lalu.

Berita berkaitan
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
Ucapan 3R : PN akan lapor polis terhadap Guan Eng
July 9, 2023
PRU-15 nak tunggu apa lagi, gesa Zahid kepada Ismail Sabri
March 18, 2022
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Bajet PH-BN: Negeri majoriti Melayu diketepikan, negeri DAP diutamakan
February 25, 2023
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok