KKM lulus dua kit ujian kendiri Covid-19

July 19, 2021 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) memberi kelulusan bersyarat kepada dua kit ujian kendiri Covid-19 untuk diimport dan dipasarkan.

Menerusi infografik dikongsikan dalam Facebook KKM, kit ujian itu boleh dijual di farmasi komuniti berdaftar atau fasiliti kesihatan.

Dua kit berkenaan dinamakan Salixium Covid-19 Rapid Antigen Rapid Test (Saliva/Nasal Swab Samples) yang dibuat Reszon Diagnostic International Sdn Bhd Malaysia dan Gmate Covid-19 Ag Saliva For Home Use oleh Philosys Co Ltd, Korea.

Kit Salixium Covid-19 digunakan bagi tujuan sampel pengesanan RTK-antigen (self test) saliva dan nasal swab samples (sampel air liur dan dari hidung), manakala kit Gmate® Covid-19 bagi tujuan RTK-antigen (self test) saliva sample (sampel air liur).

KKM berkata, senarai itu akan dikemas kini dari semasa ke semasa dan ia boleh juga disemak menerusi portal MDA.

Difahamkan Salixium Covid-19 Rapid Antigen Rapid Test dan Gmate Covid-19 Ag Saliva dijual pada harga RM39.90 setiap satu.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Tiga bersaudara lemas berkelah di Sungai Lata Changkah di Setiu
June 11, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
SC sahkan syarikat diketuai orang kuat Anwar disiasat: Laporan
January 21, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok