[KEMAS KINI] Lebih 13.62 juta dos vaksin diberi sehingga semalam

July 17, 2021 · Isu semasa

Jumlah pemberian vaksin harian di seluruh negara semalam kekal melebihi angka 400,000 dos vaksin Covid-19, menjadikan keseluruhannya sejak program imunisasi dilancarkan awal tahun ini sebanyak 13,621,884 dos.

Menurut maklumat terbaharu Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), jumlah keseluruhan telah dikemas kini dengan data terbaharu pemberian vaksin yang direkod secara manual, khususnya melalui program outreach ataupun program vaksinasi di kawasan pedalaman.

Mengikut data terbaharu itu, Selangor dan Kuala Lumpur merekodkan jumlah pemberian vaksin tertinggi secara keseluruhan sejak program imunisasi dilancarkan Februari lalu iaitu sebanyak 4,765,798 dos suntikan, membabitkan 3,633,757 dos pertama dan 1,132,041 dos kedua.

Sementara itu, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata sebanyak 406,763 dos suntikan diberikan semalam, membabitkan 276,905 dos pertama dan 129,858 dos kedua.

Beliau berkata, lima negeri merekodkan pemberian dos suntikan tertinggi semalam.

Katanya, Selangor kekal sebagai negeri yang menerima paling banyak dos vaksin Covid-19 semalam apabila mencatatkan 113,418 suntikan iaitu 85,865 bagi dos pertama dan 27,553 dos kedua.

Ini diikuti Kuala Lumpur sebanyak 68,889 dos (52,512 pertama dan 16,377 kedua); Sarawak (68,429 suntikan – 22,163 pertama, 46,266 kedua); Pulau Pinang (23,712 suntikan – 17,986 pertama, 5,726 kedua); dan Negeri Sembilan (22,797 suntikan – 18,081 pertama, 4,716 kedua).

Jumlah tertinggi pemberian dos harian direkodkan Khamis lalu dengan 460,158 suntikan.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Jalan tertinggi di Malaysia dibuka
January 14, 2022
Kos sara hidup tinggi: Pelajar IPT terpaksa tangguh pengajian
September 30, 2022
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Kos tunai haji 2023 naik RM31,000
January 16, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok