Malaysia antara terpantas di dunia beri vaksin kepada rakyat: Laporan

July 15, 2021 · Isu semasa

Malaysia diletakkan sebagai antara negara dengan kadar pemberian vaksin terpantas di dunia, menyaksikan lebih 400,000 dos diberikan sehari dengan hanya diatasi Kanada minggu lepas, tetapi merekodkan sekali ganda berbanding Australia.

Perbandingan itu dibuat antara negara-negara dengan saiz yang sama atau lebih besar.

Berdasarkan analisis yang diterbitkan dalam The Sydney Morning Herald, portal dalam talian itu mengatakan meskipun berdepan peningkatan kematian dan harapan yang agak suram di negara yang mempunyai 32 juta penduduk ini, sinar harapan masih ada buat Malaysia apabila kadar vaksinasinya meningkat.

Bernama yang memetik portal itu melaporkan, selepas enam minggu pelaksanaan kawalan pergerakan di seluruh negara, Malaysia berdepan keadaan hospital yang sesak dan petugas kesihatan keletihan, ekonomi tergugat dan kadar jangkitan terus meningkat.

Memetik Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin dalam wawancara eksklusif dengan The Sydney Morning Herald dan The Age, kerajaan berjaya mempercepat inokulasi setelah merundingkan semula dua bulan lepas, 70 peratus bekalan dan penghantaran vaksin yang dibelinya daripadanya Pfizer.

Beliau berkata sejumlah besar portfolio vaksin Malaysia ialah Pfizer, namun kemudian diperluaskan kerana berpendapat lebih baik tidak tertumpu pada satu atau dua jenis sahaja.

“Saya rasa kami kini di peringkat di mana kami benar-benar perlu divaksinasi untuk keluar dari situasi sekarang,” kata Khairy yang diterbitkan dalam The Sydney Morning Herald hari ini.

Selain Pfizer, Malaysia juga memperoleh vaksin Sinovac, AstraZeneca dan vaksin satu dos CanSino serta yang lain melalui kemudahan vaksin Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, COVAX.

Setelah bermula agak perlahan, satu perempat penduduk kini telah menerima sekurang-kurangnya satu dos dan sasaran Malaysia untuk mencapai 40 peratus orang dewasa diberi vaksin sepenuhnya pada akhir Ogos dan 60 peratus pada akhir September akan dapat dicapai jika pembekal memenuhi komitmen mereka.

Khairy memberitahu portal dalam talian itu bahawa di bawah perjanjian rundingan semula Malaysia dengan Pfizer, syarikat farmasi Amerika Syarikat itu akan menghantar 25 juta dos antara bulan ini dan September.

Beliau berkata skala wabak telah membantu mengimbangi satu lagi halangan, keraguan vaksin, kerana jumlah kematian akibat pandemik di negara ini meningkat kepada 6,503 pada Rabu manakala jangkitan baru mencapai 11,618 kes sehari.

“Dan saya rasa sekiranya anda melihat negara-negara yang berjaya melaksanakannya dengan baik sekarang, anda boleh mengatakan bahawa mereka telah melalui situasi yang jauh lebih buruk sebelumnya dan mereka telah diselamatkan oleh penerimaan awal vaksin.

“Tentu saja, kami boleh melakukan perkara-perkara tertentu dengan lebih baik dan juga setelah beberapa ketika, sangat sukar untuk membuat masyarakat mematuhi (sekatan) kerana mereka keletihan … dan saya tidak menyalahkan rakyat kerana untuk mematuhi segala sekatan dan larangan terhadap pergerakan sememangnya suatu yang sukar. Akhirnya, akan tiba masa mereka leka,” katanya.

Khairy mengakui bahawa tindakan menteri yang melanggar peraturan telah menjejaskan keberkesanan sekatan pergerakan dengan mengatakan ‘kepemimpinan melalui teladan sangat penting’.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Tiada Ketua Polis Daerah di Selangor suspek kes dera
September 9, 2022
110,000 pesakit berisiko kumpulan pertama dirawat guna Paxlovid
March 5, 2022
Punca penderaan di taska meningkat
April 24, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
15 jam lalu · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok