Selangor boleh guna PBT tutup kilang, Zuraida bidas Exco DAP putar-belit fakta

July 15, 2021 · Isu semasa

Kerajaan Selangor didakwa memutar-belit fakta dengan mengatakan pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak mempunyai kuasa untuk menutup kilang yang melanggar yang didapati tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, timbul pecanggahan terutama di Selangor apabila dikatakan PBT tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian, ia selepas seorang Exco DAP di Selangor, Ng Sze Han berkata PBT mempunyai kuasa terhad untuk bertindak terhadap kilang di negeri itu.

“Tetapi mereka (PBT) terlupa pada 29 Jun lalu, kerajaan Pusat telah menurunkan kuasa kepada PBT untuk mengambil tindakan kepada sesiapa pihak tidak kira individu, syarikat atau kilang atau kedai-kedai yang tidak patuhi SOP boleh dikompaun,” kata Zuraida dipetik Utusan Malaysia.

Jelasnya, kuasa di bawah Akta 342 sudah diturunkan kepada PBT selain Akta 171 dan 72 (1F) yang boleh digunapakai dalam mengambil tindakan terhadap kilang yang dikatakan menjadi punca penularan Covid-19.

“Itu di bawah Akta 342 yang mana telah diturunkan kuasa kepada PBT, selain itu, ada juga Akta 171 dan 72 (1F) yang mana PBT boleh menutup kilang selaras dengan akta tadi yang telah diberikan kuasa untuk mencegah dan melindungi kesihatan awam dan mengambil langkah yang perlu dan munasabah praktik bagi mencegah penyakit boleh berjangkit.

“Selanjutnya di bawah Sub Seksyen 101 (15b) Akta 171 PBT ada kuasa tambahan bagi melakukan segala perkara yang manfaat kepada kesihatan awam..

“Jadi tak ada isu sebenarnya, PBT boleh menggunakan Akta 342 dan disokong Akta 171 yang mana mereka mempunyai kuasa untuk menutup dan mengambil tindakan mahkamah,” katanya lagi.

Terdahulu, Zuraida melawat program Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK) di Kampung Serengkam.

Sze Han yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan dan Pengangkutan Selangor (Exco) semalam berkata kononnya PBT tidak mempunyai kuasa berkaitan kawalan jangkitan penyakit untuk menutup kilang bagi membendung penularan wabak Covid-19 dalam kalangan pekerjanya.

Jelasnya, PBT di negeri itu hanya mempunyai kuasa di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) untuk menutup kilang dan membatalkan lesen.

Bagaimanapun, kenyataan Sze Han itu disangkal Zuraida yang menyifatkannya sebagai tidak tepat dan kerajaan Selangor dibidas jangan cuba mencari alasan untuk menyalahkan pihak lain.

“Jangan berlagak seperti tidak ada taring, tiada ada kuku,” katanya.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli sebelum ini juga mempersoal kerajaan Selangor tidak menutup kilang di negeri itu menggunakan kuasa di bawah PBT termasuk membatalkan lesen tanpa sebab.

Beliau mendakwa, di bawah Seksyen 102(s) di bawah bidang kuasa tambahan, PBT diberi kuasa (melalui kaedah pelesenan) untuk mengawal, menyelia (termasuk menutup) perniagaan atau perindustrian dari jenis yang memudaratkan orang ramai.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
7 jam lalu· Isu semasa
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Luluh hati Chef Wan anak kahwin di Siam
April 10, 2021
Majlis Hari Raya dengan tarian separuh bogel, polis tahan instafamous
May 30, 2022
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok