Jumlah kes aktif cecah 101,359 hari ini, kematian 118

July 14, 2021 · Isu semasa

Angka kematian terus melepasi 100 bagi hari kedua berturut-turut apabila sebanyak 118 kematian, termasuk 10 bukan rakyat Malaysia, direkodkan dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi menjadikan jumlah keseluruhan 6,503 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam tempoh sama juga 26 kluster baharu dilaporkan dengan 15 daripadanya membabitkan jangkitan di tempat kerja, komuniti (tujuh) dan kumpulan berisiko tinggi (empat).

Beliau berkata, empat daripada jangkitan di tempat kerja membabitkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, diikuti Selangor masing-masing tiga di Selangor dan Johor, masing-masing dua di Kedah dan Melaka, dan Sarawak (satu kes).

Selangor, dan Terengganu turut merekodkan dua jangkitan dalam komuniti, dan masing-masing satu di Pahang, Melaka, Sabah dan Sarawak.

Sarawak, Selangor, Kelantan dan Kedah turut mencatakan masing-masing satu kluster kumpulan berisiko tinggi.

Beliau berkata, jumlah kluster yang dikesan sehingga kini adalah 3,142 dengan 2,266 telah ditamatkan dan 876 lagi masih aktif.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata sebanyak 6,377 pesakit juga telah sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 759,705, dan terdapat 101,359 kes masih aktif.

“Seramai 878 pesakit dirawat di unit rawatan rapi dengan 432 memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

Beliau sekali lagi menjelaskan peningkatan kes harian adalah sejajar dengan jumlah kenaikan saringan Covid-19 iaitu hasil saringan bertumpu yang giat dijalankan di seluruh negara, khususnya di Lembah Klang.

“Jumlah ujian harian tertinggi bagi tempoh dua minggu telah direkodkan pada 13 Julai 2021 iaitu sebanyak 131,706 ujian (RT-PCR dan RTK-Ag).

“Namun begitu, masih terdapat kapasiti untuk menjalankan lebih banyak ujian terutamanya di makmal-makmal swasta. Kapasiti ini akan digunapakai sebaik-baiknya bagi menjalankan lebih banyak ujian Covid-19 secara strategik,” katanya.

Mengenai nilai RT, Dr Noor Hisham berkata setakat 13 Julai 2021 Malaysia mencatatkan nilai RT sebanyak 1.16 negran Putrajaya kekal merekodkan nilai tertinggi iaitu 1.35.

Negeri lain yang mencatatkan RT melebihi 1.0 adalah Terengganu (nilai RT 1.26), Selangor (nilai RT 1.19), Kedah (nilai RT 1.17), Pahang (nilai RT 1.14), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (nilai RT 1.11), Pulau Pinang (nilai RT 1.11), Melaka (nilai RT 1.10), Sabah (nilai RT 1.07), Negeri Sembilan (nilai RT 1.06), Johor (nilai RT 1.05), Perak (nilai RT 1.04), dan Kelantan (nilai RT 1.02).

 

Data 14 Julai 2021

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Tiga bersaudara lemas berkelah di Sungai Lata Changkah di Setiu
June 11, 2022
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Permit tepung gandum dibatal, pastikan bekalan cukup
May 23, 2022
Pokok tumbang hempap empat kenderaan di Cheras
November 6, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok