Vaksin haji, Putrajaya bincang dengan Arab Saudi

July 11, 2021 · Isu semasa

Putrajaya akan berbincang dengan kerajaan Arab Saudi berhubung isu jenis vaksin yang diiktiraf disuntik kepada para jemaah haji, ia selepas ketetapan hanya jemaah yang menerima vaksin Pfizer dan AstraZeneca dibenarkan menunaikan haji.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata rundingan akan dilakukan agar kerajaan Arab Saudi dapat menerima semua jemaah yang telah mendapat suntikan vaksin yang diktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).

“Insya-Allah dalam masa terdekat ini kita berharap untuk kerajaan Arab Saudi menerima semua vaksin yang diktiraf oleh WHO,” katanya lapor Bernama.

Katanya setakat ini kesemua vaksin COVID-19 yang dibekalkan kepada kerajaan Malaysia adalah diiktiraf oleh WHO.

Terdahulu, Marzuky menyerahkan Sumbangan Inspirasi Qaseh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia ( YaPEIM) di Kampung Sering, Kota Bharu.

Sebelum ini, kerajaan Arab Saudi dilaporkan menetapkan hanya jemaah yang menerima vaksin Pfizer dan AstraZeneca dibenarkan menunaikan haji.

Sementara itu, Ahmad Marzuk berkata semua jemaah Malaysia yang tidak dapat menunaikan rukun Islam kelima itu pada tahun ini disebabkan pandemik Covid-19 sudah dimaklumkan terlebih awal.

“Kesemua mereka dapat menerima berita itu dengan baik selain pihak kami turut memberi motivasi dan semangat kepada mereka,” katanya.

Berita berkaitan
UMNO kalah teruk hilang undi banyak, majoriti Dr Samsuri meningkat
December 2, 2023· Politik
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023· Dunia
Kos tunai haji dijangka naik 11 peratus tahun depan: TH
October 2, 2023· Isu semasa
Wartawan dan kumpulan media bidas SKMM beri tekanan terhadap portal berita
September 25, 2023· Isu semasa
Popular
Jalan tertinggi di Malaysia dibuka
January 14, 2022
Kos sara hidup tinggi: Pelajar IPT terpaksa tangguh pengajian
September 30, 2022
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Kos tunai haji 2023 naik RM31,000
January 16, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok