Hadi akui kecewa dengan sikap biadab UMNO

March 30, 2021 · Politik

Datuk Seri Abdul Hadi Awang selepas mengunci mulut sejak berakhir Perhimpunan Agung UMNO 2020 (2020) baru-baru ini akhirnya membuka mulut dengan membidas UMNO yang bersikap biadab kerana menghentam Bersatu dalam perbahasan pemimpin mereka.

Presiden PAS itu berkata UMNO tidak sewajarnya bercakap kasar kepada rakan dan menjadi punca kepada perpecahan sesama agama serta bangsa.

“Ummah yang dimaksudkan ialah umat Islam dan juga kalangan bukan Islam yang tidak ekstrem. Inilah agenda perpaduan kita.

“Maka jangan kita berkasar terhadap rakan kita. Sebaliknya kita mesti menjalinkan hubungan bersaudara dan berukhuwah sesama kita.

“Jangan pula kita menjadi sebab berlakunya perpecahan. Bersabar dan jadilah pendamai,” katanya dalam satu kenyataan.

Ahad lalu, Hadi terus beredar pulang keluar dari Dewan PWTC dan mengunci mulut tanpa sebarang komen sebaik selesai ucapan dasar yang disampaikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pagi ini.

Abdul Hadi yang dikawal ketat diiring keluar dari dewan dan enggan memberikan sebarang komen apabila ditanya wartawan berhubung ucapan dasar yang disampaikan Zahid.

Jelas kekecewaan diraut wajah Abdul Hadi semasa berjalan keluar dan satu komen pun tidak keluar daripada mulut presiden parti Islam apabila ditanya mengenai pendiriannya selepas mendengar ucapan yang diberikan oleh Zahid.

Berita berkaitan
Sertai kerajaan? Hadi kata macam mana nak ikut ada bekas banduan dan kluster mahkamah
October 20, 2023· Politik
Seorang pemimpin Melayu DAP kata tak salah Howard Lee petik ayat al-Quran
September 25, 2023· Politik
Kemenangan PN di PRK Pulai akan memberi makna besar: Hadi
August 27, 2023· Politik
UMNO dan Amanah diperalatkan DAP untuk menentang PAS: Hadi
August 25, 2023· Politik
Popular
Ketua UMNO Bahagian Kluang nafi jumpa Anwar bincang PRN Johor
January 15, 2022
Sulaiman nafi akan letak jawatan KM Melaka, Rauf hanya memangku
December 26, 2022
Cadangan PM bukan Melayu dibuat Kit Siang serlah imej sebenar DAP: PAS
December 16, 2023
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok