Pertemuan dengan PM, Menteri UMNO akui PAU dikuasai ‘Kluster Mahkamah’

March 30, 2021 · Isu semasa

Menteri UMNO memberi penjelasan kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa ‘Kluster Mahkamah’ menguasai Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU) sehingga mereka terpaksa mengikut naratif yang sudah dirancang mengikut kehendak Presiden UMNO.

Hampir semua Menteri dan Timbalan Menteri UMNO berjumpa dengan Muhyiddin di Putrajaya bagi memberikan penjelasan dan pendirian mereka susulan kritikan secara terbuka terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) semasa PAU hujung minggu baru-baru ini.

“Menteri dan Timbalan Menteri UMNO mengakui mereka hanya mengikut kehendak Presiden (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) dan sekiranya tidak mengikut naratif yang sudah dirancang mereka berdepan tindakan.

“Mereka memberitahu Muhyiddin ‘Kluster Mahkamah’ menguasai PAU dan setiap ucapan sudah disediakan yang mana mereka perlu ikut sahaja dengan membaca,” kata sumber.

Selain itu, sumber juga mendedahkan serangan oleh Zahid bersama rakan-rakan sejawat lain yang disifatkan ‘Kluster Mahkamah’ sudah dirancang rapi dan mereka sebenarnya mahu Menteri dan Timbalan Menteri ini meletak jawatan semasa PAU bagaimanapun rancangan tersebut gagal.

“Mereka rancang sesuatu yang besar berlaku, malangnya tidak ada seorang Menteri dan Timbalan Menteri tampil meletak jawatan ketika PAU.

“Zahid kecewa kerana cita-citanya adalah untuk dicalonkan sebagai bakal perdana menteri tetapi tidak mendapat sambutan,” kata sumber lagi.

PAU hujung minggu lalu menyaksikan pemimpin dan perwakilan parti menyerang Bersatu dalam menyokong Zahid untuk memutuskan hubungan dengan PN.

Beberapa Menteri dan Timbalan Menteri yang dilihat bertemu Muhyiddin antaranya Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Tan Sri Annuar Musa (Menteri Wilayah Persekutuan), Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah (Menteri Tenaga dan Sumber Asli).

Datuk Noraini Ahmad (Menteri Pengajian Tinggi), Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (Menteri Belia dan Sukan) dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Menteri Luar Negeri).

Bagaimanapun mereka semua mengunci mulut dan tidak memberikan sebarang komen berhubung pertemuan tersebut.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Adibah Noor meninggal dunia, Muhyiddin ucap takziah kepada keluarga
June 19, 2022
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Isu tukar agama bawah kuasa Mahkamah Syariah, bukan sivil
July 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok