Calon PM UMNO beri bayangan hanya yang setia akan jadi calon

March 29, 2021 · Politik

Calon perdana menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang disebut-sebut memberi bayangan hanya mereka yang setia kepada UMNO akan tercalon dalam pilihan raya umum nanti.

Presiden UMNO itu berkata apabila tiba pada fasa untuk memilih calon yang akan bertanding faktor yang penting akan diambilkira adalah kesetiaan individu tersebut kepada parti.

“Jika sampai pada tahap untuk memilih calon nanti, keutamaan kami ialah kesetiaan kepada parti,” katanya dipetik dalam wawancara bersama Utusan Online hari ini.

Zahid berkata pemilihan calon kali ini tidak semata-mata mereka mempunyai peluang kemenangan yang tinggi dan maklumat sudah dikumpul bagi menilai tahap kesetiaan seseorang calon itu kepada UMNO.

“Kita mempunyai maklumat yang cukup lengkap untuk menilai seseorang itu bukan hanya seorang calon.

“Kita tidak lagi mahu jika mereka mempunyai tahap kemenangan yang tinggi mereka akan jatuh dan lari dari parti serta kita tidak harus terperangkap dalam situasi itu,” katanya lagi.

Berakhirnya Perhimpunan Agung UMNO 2020 hujung minggu baru-baru ini, perpecahan dalaman parti secara jelas berlaku apabila wujud kumpulan dalam UMNO yang tidak sehaluan dengan Presiden sehingga ada yang mengkritiknya secara terbuka.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Anwar! Jangan guna kuasa untuk balas dendam politik, buruk padahnya
February 15, 2023
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
2/3 kerusi ketua cabang di Selangor dikuasai #KitaSemuaKEADILAN
May 29, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok