Penarikan sokongan lama saya terbatal, kata Nazri kembali sokong PN

July 2, 2021 · Politik

Ahli Parlimen senior UMNO, Datuk Seri Nazri Aziz mengesahkan kembali menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Jelasnya, keputusan tersebut membatalkan penarikan sokongan sebelum ini yang diumumkannya bersama seorang lagi Ahli Parlimen Machang Datuk Ahmad Jazlan Yaakob pada tahun lalu.

“Dengan keputusan ini, penarikan sokongan yang saya buat sebelum ini terbatal,” kata Ahli Parlimen Padang Rengas itu dipetik laporan Astro Awani.

Nazri sebelum ini mendedahkan sudah mengumpul surat akuan (SD) untuk menyokong Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai jurucakap rasmi kepada 25 orang Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), ia sekiranya Ahli Parlimen Sembrong itu dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong (YDPA).

Jelasnya lagi, langkah itu sebagai tindakan balas terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang memberikan maklumat mengelirukan kepada YDPA berhubung sokongan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri.

Beliau juga mendakwa ditipu Zahid semasa menarik sokongan terhadap kerajaan pada Oktober tahun lalu apabila ketua perancang tersebut mendapat peruntukan untuk kawasan Parlimennya dan beliau pula tidak diberikan peruntukan kerana tindakan menarik sokongan itu.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Popular
2/3 kerusi ketua cabang di Selangor dikuasai #KitaSemuaKEADILAN
May 29, 2022
Naik sedikit gaji penjawat awam pada Oktober, kata PMX
August 11, 2023
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok