Operasi besar-besaran pematuhan SOP Covid-19 esok

July 1, 2021 · Isu semasa

Pihak berkuasa akan melancarkan operasi besar-besaran pematuhan prosedur operasi standard (SOP) secara bersepadu esok, dengan tumpuan diberi kepada negeri dan wilayah yang merekodkan jangkitan harian tinggi Covid-19, khusus di Selangor dan Kuala Lumpur.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata Op Patuh akan membabitkan pelbagai agensi dengan diketuai Ketua Polis Daerah akan menyasarkan kawasan perindustrian, terutama tempat penginapan pekerja yang berisiko tinggi.

“Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati melanggar SOP serta arahan kerajaan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan akta-akta sedia ada yang lain,” katanya hari ini.

Beliau memberi amaran tindakan lebih tegas akan diambil terhadap majikan yang didapati melanggar SOP Fasa Satu Kawalan Pergerakan Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Hamzah pihak berkuasa menerima maklumat ada majikan yang tidak melaksanakan kuarantin ke atas pekerja yang menjadi kontak rapat kepada kes positif.

“Banyak tangkapan di Selangor dan Kuala Lumpur ini, apabila kita tanyakan, sesetengah daripada pekerja ini maklumkan kepada kita kawan dia dah kena Covid-19 tetapi yang lain tidak dikuarantin.

“Semua maklumat ini kita ambil dan kita buat esok dan kita tangkap dengan majikan sekali kerana bukan hanya telah melakukan kesalahan tetapi mereka benar-benar menzalimi pekerja-pekerja mereka,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai Op Patuh besar-besaran itu, Hamzah berkata pihak berkuasa akan menggerakkan aset strategik seperti helikopter dan dron serta mengadakan sekatan jalan raya bergerak bagi mengelakkan pekerja melarikan diri.

“Selalunya bila kita masuk pintu depan, dia (pekerja) akan keluar ikut pintu belakang. Jadi dengan adanya helikopter dan dron ini kita dapat melihat keseluruhan kawasan berkenaan,” katanya.

Mengenai Op Patuh dalam tempoh 25 hingga 30 Jun lalu, beliau berkata sebanyak 126,207 premis seperti kilang, asrama pekerja dan premis perniagaan telah diperiksa.

Hasil pemeriksaan tersebut, sebanyak 602 kompaun telah dikeluarkan terhadap kilang dan premis, manakala 60 premis telah diarahkan tutup, katanya.

Dalam tempoh 1 hingga 28 Jun lepas pula, seramai 744 pendatang tanpa izin ditahan melalui 169 operasi di seluruh negara.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Hubungi 997 jika kena scam
October 14, 2022
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024
Empat negeri miskin tegar, 4 negeri ‘orang kaya’
December 1, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok