MyAssist MSME bantu PKS tangani isu perniagaan: PM

June 30, 2021 · Isu semasa

Penubuhan Portal MyAssist MSME adalah satu lagi bukti komitmen kerajaan sekarang untuk memberi bantuan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) memperkasakan syarikat dalam menghadapi cabaran masa depan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata portal itu dapat membantu PKS menangani pelbagai masalah dan isu berkaitan perniagaan, khususnya dalam keadaan norma baharu susulan pandemik Covid-19 sekarang.

Katanya portal berkenaan juga menyediakan platform kepada PKS untuk mendapatkan maklumat, khidmat nasihat, bimbingan dan peluang pemasaran secara dalam talian.

Katanya, platform itu adalah bukti komitmen kerajaan untuk memastikan PKS tempatan terus diperkasa dalam mendepani cabaran semasa.

“Justeru, Portal MyAssist MSME ini ialah suatu platform digital yang dibangunkan pada waktu yang sangat tepat.

“Dalam keadaan di mana kita harus mengurangkan pertemuan bersemuka atau secara fizikal, Portal MyAssist MSME adalah suatu solusi norma baharu bagi keperluan fasilitasi perniagaan di bawah suatu ‘One Stop Centre’,” katanya melancarkan Portal MyAssist MSME dan perasmian Minggu PKS Kebangsaan 2021 secara maya hari ini.

Perdana Menteri berkata, pandemik Covid-19 juga telah menyedarkan kita bahawa untuk maju, kita harus melepaskan diri dari keadaan normal dan mengembangkan pelbagai langkah untuk mengurangkan kesan terhadap rakyat dan ekonomi.

Beliau berkata, ia bukan lagi ‘business as usual’, tetapi inilah masanya untuk idea baharu dan untuk berinovasi.

“Dengan pembatasan pergerakan dan pertemuan manusia secara fizikal, ia menyebabkan masyarakat secara tidak langsung terpaksa menerima penggunaan aplikasi digital dalam kehidupan seharian, sekaligus mendorong peningkatan penggunaan teknologi maklumat.

“Pendigitalan adalah elemen penting bukan sahaja untuk memulihkan perniagaan, tetapi juga kepada mereka yang ingin memulakan perniagaan. Oleh itu, usahawan tidak boleh lagi mengambil sikap tunggu dan lihat.

“Usahawan perlu turut berubah dan menerima pendigitalan dalam perniagaan, agar mampu menghadapi persaingan dan meningkatkan kecekapan dalam operasi perniagaan,” katanya.

Beliau berkata kerajaan telah telah memperuntukkan sejumlah RM147.1 bilion khusus untuk membantu PKS dalam beberapa pakej rangsangan ekonomi sejak tahun lalu.

Perdana Menteri berkata pelaksanaan pakej rangsangan ekonomi dan Belanjawan 2021 akan dapat membantu PKS meringankan kekangan aliran tunai dan meningkatkan daya tahan perniagaan.

“Adalah dijangkakan prospek pertumbuhan PKS akan kembali pulih perlahan-lahan pada tahun 2021, selari dengan unjuran peningkatan pertumbuhan ekonomi secara keseluruhannya,” katanya.

Berita berkaitan
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023· Politik
PM bukan Melayu, UMNO akan terpaksa ikut tuntutan DAP: Muhyiddin
December 16, 2023· Politik
Cadangan PM bukan Melayu oleh Kit Siang, Anwar kata jangan rumitkan keadaan
December 15, 2023· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
PMX umum peruntukan tambahan RM3O juta kepada sekolah Tamil
June 10, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok