Moratorium: Bank tak caj faedah, penalti lewat

June 29, 2021 · Isu semasa

Bank tidak akan mengenakan faedah terkompaun dan caj penalti lewat bayaran bagi moratorium enam bulan di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.

Tidak seperti yang digembar-gemburkan pembangkang dan sekutu mereka, kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah memperoleh persetujuan daripada pihak bank untuk tidak berbuat demikian dalam pertemuan baru-baru ini.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menegaskan bank bersetuju untuk tidak mengenakan faedah terkompaun dan caj penalti lewat bayaran pinjaman selama enam bulan.
Sehubungan itu, beliau menggesa peminjam membuat aduan sekiranya pihak bank bertindak menaikkan faedah terkompaun serta caj penalti ke atas moratorium itu.

Semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kemudahan moratorium automatik enam bulan yang diberikan kepada semua peminjam individu bagi semua peringkat pendapatan.

Tengku Zafrul bagaimanapun menggesa peminjam yang berhasrat menghubungi bank masing-masing berhubung kaedah bayaran balik berkaitan.

“Setiap bank mempunyai skim berbeza dan anda (peminjam) perlu membincangkan perkara ini dengan bank masing-masing,” katanya.

Beliau juga menyifatkan moratorium di bawah PEMULIH itu dapat membantu kalangan peminjam individu dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menguruskan aliran mudah tunai ketika tempoh mencabar pada masa ini.

“Kita telah nasihatkan bank-bank untuk terus memberi kelulusan automatik kepada mereka yang terkesan, termasuk daripada kalangan kategori B40, M40 dan T20,” katanya.

Selain itu, Tengku Zafrul juga optimis bahawa sistem kewangan domestik mampu menangani impak susulan langkah penangguhan bayaran balik pinjaman tersebut.

“Berdasarkan perbincangan saya dengan (wakil) bank-bank, mereka juga turut terkesan… namun saya menganggapnya (moratorium) adalah langkah yang diperlukan bagi menyokong keperluan rakyat,” katanya.

Berita berkaitan
Ketika rakyat sudah dibebani harga barang naik, caj QR DuitNow jadi pertikaian
September 29, 2023· Isu semasa
Masalah kewangan, tekanan ekonomi punca pasangan muda bercerai
July 25, 2023· Isu semasa
Rumah lelong naik 20% : laporan
July 11, 2023· Isu semasa
MPC akan bermesyuarat pada Khamis tentukan kadar OPR
July 3, 2023· Isu semasa
Popular
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Isu tukar agama bawah kuasa Mahkamah Syariah, bukan sivil
July 12, 2022
Pemanis tiruan berbahaya?
October 25, 2021
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok