Fasiliti saringan Covid-19 swasta akan dibuka di KLIA

June 29, 2021 · Isu semasa

Pusata fasiliti saringan Covid-19 swasta akan dibuka di lapan lokasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mulai Julai ini, kata Malaysia Airports Holdings Bhd.

Dalam satu kenyataan, pengendali lapangan terbang negara itu memaklumkan lima daripada fasiliti berkenaan terletak di terminal utama KLIA manakala tiga lagi di terminal KLIA2, dan ia akan dilengkapi dengan ruang rehat serta tempat duduk yang selesa untuk penumpang sementara menunggu keputusan ujian saringan masing-masing.

“Fasiliti baharu ini adalah antara beberapa penambahbaikan yang dilaksanakan oleh MAHB dalam usaha meningkatkan keselesaan dan kemudahan selain memastikan pelaksanaan protokol keselamatan perjalanan di lapangan terbang,” menurut kenyataan itu lapor Bernama.

Ketua Pegawai Eksekutif MAHB Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh berkata pihaknya telah bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa yang berkaitan untuk memastikan penyedia perkhidmatan yang dilantik mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menjalankan perkhidmatan saringan itu.

“Kami yakin kemudahan baharu ini akan memberi kesan positif kepada kepada permintaan pelancongan apabila sempadan dibuka kembali. Kemudahan ini juga dijangka memenuhi keperluan kira-kira 40,000 penumpang setiap hari yang cukup untuk menampung kemasukan antarabangsa di kedua-dua terminal setelah keadaan pulih,” katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
PMX umum peruntukan tambahan RM3O juta kepada sekolah Tamil
June 10, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok