Lebihan dagangan melonjak 112.2 peratus lima bulan pertama 2021

June 28, 2021 · Isu semasa

Lebihan dagangan Malaysia melonjak 112.2 peratus kepada RM92.79 bilion dengan eksport mengembang 31.1 peratus kepada RM480.09 bilion sementara import meningkat 20.1 peratus kepada RM387.31 bilion.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam kenyataan hari ini berkata jumlah perdagangan Malaysia meningkat 26 peratus tahun ke tahun kepada RM867.4 bilion dalam tempoh lima bulan pertama 2021.

MITI berkata prestasi perdagangan Malaysia mengekalkan trend peningkatan pada Mei 2021 dengan jumlah perdagangan berkembang sebanyak 48.7 peratus kepada RM170.88 bilion berbanding Mei 2020.

“Eksport melonjak 47.3 peratus kepada RM92.31 bilion, pertumbuhan tahun ke tahun yang kesembilan bulan berturut-turut direkodkan sejak September 2020. Import naik 50.3 peratus kepada RM78.57 bilion dan lebihan dagangan mengukuh 32.3 peratus kepada RM13.74 bilion,” kata MITI.

Memetik laporan Bernama, MITI memaklumkan pertumbuhan eksport disumbangkan terutamanya oleh permintaan yang kukuh bagi barangan elektrik dan elektronik khususnya semikonduktor yang diperlukan untuk memenuhi keperluan bekerja dari rumah serta pendigitalan perniagaan, keluaran getah serta keluaran petroleum.

Eksport ke kesemua pasaran utama iaitu ASEAN, China, Amerika Syarikat (AS), Kesatuan Eropah (EU) dan Jepun mencatatkan pertumbuhan positif..

Berdasarkan perbandingan bulan ke bulan, perdagangan, eksport, import dan lebihan dagangan masing-masing berkurangan sebanyak 10.4 peratus, 12.6 peratus, 7.8 peratus dan 32.5 peratus.

Berita berkaitan
Forex di Malaysia: Memahami dinamik pasaran untuk dagangan lanjutan
March 20, 2024· Rencana
Kenaikan harga beras turut dirasai negara lain: Mat Sabu
October 11, 2023· Isu semasa
Tiada halangan import ikan dari Jepun, kata Mat Sabu
October 4, 2023· Isu semasa
Kerajaan sedaya upaya tangani isu bekalan beras, kata PMX
October 2, 2023· Isu semasa
Popular
Pembela bantah Kerajaan Madani tarik balik rayuan kes kalimah Allah
May 15, 2023
Pihak berkuasa batal ubat tradisional mengandungi racun berjadual
June 5, 2021
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Bekas Menteri Agama tuntut penjelasan kerajaan tarik balik rayuan kalimah Allah
May 16, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok