Bantuan kewangan rakyat, peniaga antara rancangan Pelan Pemulihan Negara

June 17, 2021 · Isu semasa

Kerajaan senantiasa mengutamakan kesejahteraan rakyat terutamanya bagi mereka yang terkesan akibat kemelut pandemik Covid-19 yang kian menghimpit negara ketika ini.

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, untuk itu kerajaan menerusi kementeriannya telah mengambil langkah luar biasa bagi memastikan keutamaan mereka didahulukan.

Katanya, menerusi Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, kementerian kini sedang menyusun langkah dan ada khabar gembira untuk rakyat yang akan diberitahu kementerian kelak.

“Kerajaan sedang mengkaji semula, semua langkah sedia ada dan bantuan tambahan yang boleh dilaksanakan pada fasa kedua sehingga keempat sebaik sahaja perinciannya dimuktamadkan.

“Kementerian Kewangan telah merangka bagi membantu rakyat dan perniagaan yang terkesan, satu langkah yang kita akan kaji sebagai contoh subsidi upah setakat Mei 2021, RM15 bilion telah dibelanjakan dalam program subsidi upah yang memanfaatkan lebih 330,000 majikan serta 2.7 juta pekerjaan.

“Ini menampung 7.1 juta rakyat (di lihat dari sudut purata isi rumah, ini telah dilanjutkan sebulan lagi semua sektor dengan peruntukan sebanyak RM1.5 bilon jadi peruntukan ini berjumlah RM20 bilion,” katanya ketika menjadi panel dalam program Mengupas Pelan Pemulihan Negara di Astro Awani sebentar tadi.

Tambahnya, kementerian sedang mengkaji untuk melanjutkan program ini bagi menyokong sektor sektor yang tidak dibuka sehingga fasa ketiga dan keempat.

“Melalui perbincangan awal di Kementerian, kerajaan sedia menambah peruntukan dalam masa terdekat bagi membantu rakyat dan perniagaan yang terkesan kerajaan perlu utamakan kebajikan rakyat dan kelangsungan perniagaan,” katanya.

Dalam pada itu katanya lagi, Kementerian Kewangan juga sedang mengkaji langkah-langkah yang seterusnya yang boleh diperkenalkan untuk menyokong kelangsungan rakyat dan perniagaan berdepan dengan cabaran bulan-bulan mendatang.

“Insya-Allah sokongan ini diberikan sehingga fasa keempat,” katanya.

PPN yang diumum Muhyiddin dilaksanakan bagi menghadapi cabaran pandemik Covid-19.

Muhyiddin berkata pelan itu diyakini dapat mengembalikan penghidupan harian biasa menjelang akhir tahun termasuk mengadakan semula sesi persidangan Parlimen pada September atau Oktober.

Perdana Menteri berkata pelan itu adalah satu strategi peralihan keluar dari kemelut pandemik Covid-19 merangkumi empat fasa yang akan melibatkan pelan peralihan fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara berperingkat.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Jalan tertinggi di Malaysia dibuka
January 14, 2022
Kos sara hidup tinggi: Pelajar IPT terpaksa tangguh pengajian
September 30, 2022
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Kos tunai haji 2023 naik RM31,000
January 16, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok