Mesyuarat Khas Raja-Raja Melayu hari ini jadi tumpuan

June 16, 2021 · Isu semasa

Istana Negara sekali lagi menjadi tumpuan apabila sembilan Raja-Raja Melayu akan bersidang bermula pukul 2.30 petang ini selepas Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selesai bertemu semua pemimpin politik baru-baru ini.

Dijangka, mesyuarat hari ini akan membincangkan isu berkaitan pandemik Covid-19, sosial, ekonomi serta semak dan imbang dalam pentadbiran kerajaan.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin semalam berkata pakar agensi kerajaan juga memberi sembah taklimat mengenai kesihatan, keselamatan, politik dan ekonomi.

Seri Paduka turut menerima menghadap Pengerusi Jawatankuasa Khas Bebas Darurat Tun Arifin Zakaria dan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kenderaan diraja dilihat sudah memasuki istana sejak tengah hari ini.

Mesyuarat kali ini adalah kali kedua diadakan sejak sejak Al-Sultan Abdullah menaiki takhta pada 31 Jan 2019.

Mesyuarat pertama berlangsung pada 25 Okt tahun lepas.

Susulan pertemuan Agong dan pemimpin politik sejak Jumaat lepas, beberapa pandangan dan cadangan dilontar pemimpin politik, antaranya cadangan penubuhan badan ala Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) dan juga gesaan supaya sidang Parlimen dibuka semula serta Darurat ditamatkan.

Pada 12 Jan lepas, Al-Sultan Abdullah mengisytiharkan agar Proklamasi Darurat dilaksanakan di seluruh negara hingga 1 Ogos atau tarikh lebih awal sebagai langkah proaktif untuk membendung pandemik Covid-19.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Popular
Seorang lagi ADUN Selangor rentas negeri masuk hutan di Pahang
July 18, 2021
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024
110,000 pesakit berisiko kumpulan pertama dirawat guna Paxlovid
March 5, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
19 jam lalu · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok