Masjid tak ditutup, aktiviti hanya ditangguh, kata Mufti Kelantan

June 13, 2021 · Isu semasa

Mufti Kelantan Datuk Mohammad Shukri Mohamad menolak tanggapan sesetengah pihak bahawa masjid ditutup, sedangkan sebaliknya ia hanya ditangguhkan sementara sehingga wabak Covid-19 reda.

Pada masa yang sama bagi memenuhi fardu kifayah ke atas umat Islam, beliau berkata, empat petugas masjid dibenar bersolat secara berjemaah pada setiap waktu tetapi dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

“Masyarakat kena memperbetul tanggapan isu masjid ditutup bagi aktiviti keagamaan ketika penularan pandemik Covid-19 sekarang. Ia hanya sekadar ditangguh sehingga wabak reda.

“Masjid masih dibuka dan empat petugas tetap berjemaah solat fardu pada setiap waktu dengan pematuhan SOP.

“Langkah itu supaya dapat melepaskan fardu kifayah yang termaktub ke atas seluruh muslimin kerana tujuan ibadah itu murni tetapi jangan sampai memudaratkan,” katanya pada Bicara Mufti anjuran Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Negeri (UPKN) Kelantan.

Sebelum ini beberapa pihak mempertikaikan tindakan kerajaan menutup masjid susulan penularan wabak Covid-19, tetapi membenarkan pasar dan pusat beli-belah dibuka kepada orang ramai.

Ramai yang dilihat kurang senang apabila had tertentu juga dikenakan ke atas jemaah yang dibenar menunaikan solat fardu di surau atau masjid, termasuk solat Jumaat.

Alasan diberi, tahap pematuhan tinggi terhadap SOP yang ditunjukkan jemaah selama ini ketika beribadat di surau dan masjid, selain tiada kluster Covid-19 dikesan akibat aktiviti di kedua-dua premis itu, selepas merebak kluster tabligh tahun lalu.

Pada masa sama, Pengarah UPKN Ahmad Fathan Mahmood yang menyokong kenyataan Mohammad Shukri berkata orang ramai perlu mempercayai setiap arahan kerajaan.

“Sekiranya rakyat sudah tidak thiqah (percaya) kepada kenyataan rasmi individu yang berautoriti, maka perbincangan sudah tidak diperlukan lagi.

“Contohnya hal tentang pencegahan dan perawatan kesihatan mesti diambil daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atau agensinya,” sambil menjelaskan isu berkaitan hukum mesti merujuk kepada pihak yang berautoriti termasuk Pejabat Mufti.

Berita berkaitan
Tiada tindakan diambil terhadap Fahmi berkempen di masjid: MAIS
August 29, 2023· Politik
Saksi beritahu Zahid cari sumber kewangan lain bina masjid selepas akaun disita
August 22, 2023· Isu semasa
Polis kata Fahmi tak buat salah, JAIS masih siasat
August 3, 2023· Isu semasa
Tiada unsur kempen dalam masjid, Fahmi beri penerangan isu The 1975: Polis
August 2, 2023· Politik
Popular
Isu tukar agama bawah kuasa Mahkamah Syariah, bukan sivil
July 12, 2022
Semua pihak perlu peka isu buli
November 6, 2021
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok