Siasatan terhadap suami Zeti berhubung skandal 1MDB hampir lengkap

June 11, 2021 · Isu semasa

Kertas siasatan ke atas Dr Tawfiq Ayman, suami kepada bekas gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, berhubung dakwaan menerima dana berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hampir lengkap, kata pihak polis.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Kamaruddin Md Din, pihaknya kini dalam proses mendapatkan beberapa lagi bukti dokumen sebelum siasatan selesai untuk dibawa kepada pihak pendakwa raya.

“Belum lagi (selesai). Ada dua tiga lagi dokumen yang kita perlu dapatkan.

“Sebaik saja kita dapat dokumen itu, insya-Allah kita akan rujuk (kertas siasatan) kepada pejabat timbalan pendakwa raya,” katanya dipetik Malaysiakini.

Beberapa dokumen yang dikatakan sedang diteliti pihak berkuasa melibatkan dokumen perbankan yang perlu diminta daripada entiti luar dan dalam negara.

Pihak berkuasa memulakan siasatan terhadap Tawfiq pada Mac lalu dan merakam siasatan beberapa individu berhubung transaksi tersebut.

Tawfig sedang disiasat bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613) (AMLA).

Sebelum ini, laporan Polis Singapura dikatakan memaklumkan kepada Bank Negara berkenaan transaksi meragukan daripada ahli perniagaan Low Taek Jho, atau lebih dikenali sebagai Jho Low, kepada sebuah syarikat milik suami dan anak lelaki Zeti.

Transaksi itu dilaporkan berlaku pada 2008 dan 2009 dan diberitahu kepada Bank Negara pada 2015 dan 2016, ketika Jabatan Hal Ehwal Komersial Polis Singapura (CAD) mula menyiasat transaksi berkaitan 1MDB.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Popular
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
Sekatan perjalanan luar negara jika terdapat tunggakan cukai: LHDN
February 20, 2023
Media sosial dunia tanpa sempadan
June 28, 2023
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok