Kerajaan setuju tangguh bayaran balik pinjaman PTPTN 3 bulan

June 9, 2021 · Isu semasa

Kerajaan bersetuju membenarkan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menangguhkan bayaran balik pinjaman selama tiga bulan mulai esok hingga 31 Ogos depan.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Ser Dr Noraini Ahmad, berkata kerajaan prihatin dan menyedari ada peminjam PTPTN masih terkesan dengan pandemik Covid-19 dan belum berupaya membuat bayaran balik pinjaman.

“Peminjam yang terkesan boleh mengemukakan permohonan melalui portal rasmi PTPTN mulai esok hingga 31 Ogos depan.

“Tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman bermula dari bulan permohonan diluluskan dengan butiran pelaksanaan penangguhan bayaran balik pinjaman ini akan diperincikan PTPTN,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini PTPTN bersetuju menanggukan bayaran balik pinjaman yang tamat pada Disember 2020, dan penangguhan khas bayaran balik kepada peminjam terkesan selama tiga bulan, antara Januari hingga Mei lalu.

Sebarang pertanyaan lanjut, boleh dibuat dengan menghubungi Careline PTPTN di talian 03-2193 3000 yang beroperasi Isnin hingga Jumaat dari 9 pagi hingga 5 petang.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Tiada Ketua Polis Daerah di Selangor suspek kes dera
September 9, 2022
110,000 pesakit berisiko kumpulan pertama dirawat guna Paxlovid
March 5, 2022
Punca penderaan di taska meningkat
April 24, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
16 jam lalu · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok