Kajian klinikal vaksin Vero Cells libat 3,000 rakyat Malaysia

June 5, 2021 · Isu semasa

Satu lagi kajian klinikal keberkesanan vaksin Covid-19 membabitkan 3,000 rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas akan dijalankan di seluruh Malaysia, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) meluluskan kajian klinikal vaksin Covid-19 itu pada 28 Mei lalu.

Kajian klinikal ini melibatkan produk SARS-CoV-2 Vaccine (Vero Cells), Inactivated, 5μg/0.5mL yang dikilangkan oleh pengilang Shenzhen Kangtai Biological Products Co., Ltd. di negara China, katanya.

Dalam satu kenyataan hari ini beliau berkata, Kajian Klinikal Fasa 3 itu akan dijalankan di lapan pusat penyelidikan di Malaysia.

“Kajian itu menyasarkan peserta sebanyak 3,000 orang dewasa yang berumur 18 tahun dan ke atas serta dijangka akan mengambil masa selama 15 hingga 19 bulan,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata Malaysia menjadi salah sebuah negara yang terlibat dalam kajian klinikal ini selain daripada Colombia, Argentina, Pakistan, Filipina dan Ukraine.

“Vaksin ini juga telah diluluskan oleh China melalui Emergency Use Approval pada 14 Mei 2021.

“Kajian klinikal vaksin Covid-19 yang dijalankan di Malaysia dapat memberikan maklumat klinikal yang berkaitan dengan keberkesanan dan keselamatan vaksin, serta maklumat berkenaan kesesuaian vaksin kepada rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau berkata kajian itu merupakan kelebihan yang diperlukan oleh kerajaan untuk memacu ke arah capaian sasaran imuniti kelompok (herd immunity) melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang sedang giat dijalankan di seluruh negara.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023· Politik
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Cendawan tahi lembu jadi dadah untuk kepuasan berhibur: Polis
April 6, 2021
Johor mungkin kembali cuti Sabtu, Ahad, Jumaat kerja separuh hari
June 21, 2022
Pendawaian bocor punca tiga beradik kena renjatan elektrik
December 19, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
2 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
2 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok