19 kes varian India dan Afrika Selatan dikesan dalam tempoh 12 hari

June 4, 2021 · Isu semasa

Sebanyak 19 kes sudah dikesan dalam negara melibatkan Varian Yang Membimbangkan (VOC) Covid-19 iaitu varian India dan Afrika Selatan untuk tempoh 12 hari ketika ini, kata Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Daripada 19 kes tersebut, empat kes varian Delta (B.1.617.2) dan 15 kes varian Beta (B.1.351) sudah dikesan hasil pemantauan genomik secara berterusan sejak 24 Mei hingga hari ini (4 Jun).

Ketua Pengarah Kesihatan berkata empat kes baharu varian Delta, yang dahulu dikenali sebagai varian India adalah melibatkan tiga kes di Labuan dan satu kes di Kuala Lumpur.

“Kesemua tiga kes di Labuan adalah jangkitan dari luar negara yang merupakan kes-kes dari kluster Layangan Labuan, manakala satu kes di Kuala Lumpur adalah jangkitan tempatan.

“Bagi 15 kes baharu varian Beta pula (varian Afrika Selatan) sebanyak enam kes dilaporkan di Johor, lima kes di Kelantan serta masing-masing satu kes di Kuala Lumpur, Kedah, Melaka, dan Terengganu. Kesemua kes adalah merupakan jangkitan tempatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata sehingga hari ini, jumlah kumulatif kes yang dijangkiti COVID-19 yang dikategorikan sebagai VOC dan Varian Yang Perlu Mendapat Perhatian (VOI) adalah 138 kes, melibatkan 122 kes VOC dan 16 kes VOI.

Jumlah kes VOC yang dilaporkan adalah varian Beta, varian Alpha (dahulunya varian United Kingdom) varian Alpha, dan varian Delta, manakala VOI pula melibatkan varian Theta (varian Filipina); varian Eta (varian Nigeria); dan varian Kappa (varian India B.1.617.1).

“KKM akan terus memantapkan aktiviti kawalan penyakit berjangkit termasuk meneruskan survelan genomik, memperbanyakkan ujian saringan Covid-19, melakukan pengesanan kontak dan pengasingan kes, serta langkah-langkah kesihatan awam lain bagi membendung penularan varian-varian ini dalam komuniti,” katanya.

Pada 1 Jun lepas, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan amalan mengenali varian Covid-19 mengikut negara ia mula ditemui akan dihentikan dan digantikan menggunakan huruf Greek bagi mengelakkan mana-mana negara dikaitkan dengan stigma pandemik ini.

Berita berkaitan
Mat Sabu kata bekalan bawang negara mencukupi
December 9, 2023· Isu semasa
Pengecualian visa 30 hari akan tingkatkan pelancong China: King Sing
December 5, 2023· Isu semasa
PM umum pengecualian visa untuk rakyat China dan India bermula 1 Dis
November 27, 2023· Isu semasa
Stok beras mencukupi untuk lima bulan tampung keperluan: Mat Sabu
October 10, 2023· Isu semasa
Popular
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024
78 peratus anak muda tidak faham politik
November 5, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok