78 peratus anak muda tidak faham politik

November 5, 2022 · Isu semasa

Jika kita kat kedai-kedai makan ramai yang berbual mengenai PRU15 khususnya dalam kalangan mereka yang berumur.

Berbeza dengan generasi mu­da apabila mood mereka sukar dijangka dan mengikut senarai daftar pemilih dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), jumlah pengundi muda berusia 18 hingga 29 tahun lebih enam juta.

Satu jumlah yang besar dan buat kali pertama negara me­nyaksikan, rakyat seawal usia 18 tahun akan menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi. Sudah pasti, kita mahu mereka menjadi pengundi rasional dan bukan emosional.

Menurut Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Dr. Jeniri Amir, perkara yang menjadi kebimbangan adalah peratusan keluar mengundi dalam kalangan mereka yang layak termasuk pengundi muda seperti Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Melaka.

Ini kerana mereka didaftarkan secara automatik dan bukan atas inisiatif sendiri, jadi komitmen itu rendah.

“Usaha harus dipertingkatkan menerusi pelbagai platform bagi menyakinkan pengundi yang pertama kali turut serta memilih calon dan parti yang sesuai untuk membentuk kerajaan,” katanya.

Untuk rekod, kajian Merdeka Center pada Mei 2021 mendapati, hanya sekitar satu pertiga daripada golongan muda Malaysia berminat dengan politik dan 78 peratus daripada mereka tidak memahami apa yang berlaku dalam dunia politik dan kerajaan.

Dalam pada itu, penganalisis politik Universiti Sains Malaysia, Prof. Dr. Sivamurugan Pandian menjelaskan, situa­si itu mungkin disebabkan tiada faktor wow berbanding tempoh 2015 hingga 2018 yang mempunyai perancangan tersusun dan licin dalam pembunuhan karakter dan isu yang dibawa sehingga menjadi pemangkin untuk keluar mengundi.

Beliau memberitahu, selepas 2021, melihat pe­­r­u­bahan tiga perdana menteri, maka wujud perasaan endah tak endah. Jadi, parti politik harus membangkitkan minat dan motivasi mereka untuk keluar me­ngundi nanti.

“Saya percaya semua parti akan memastikan pemilihan calon dibuat dengan betul yang akan menjadi tawaran kepada orang muda untuk keluar mengundi.

“Pengundi saya rasa sebaha­giannya telah membuat keputusan khususnya pengundi tegar.

“Saya tidak menolak PRU15 adalah percubaan bagi parti-parti bertanding melihat kecende­rungan dalam kalangan pengundi muda yang juga pelajar intitusi pengajian tinggi,” katanya.

Namun, mana-mana parti sewajarnya memberikan informasi sahih supaya pengundi muda tidak emosional tetapi rasional dalam pemarkahan mereka tentang sesuatu parti atau calon sebelum mengundi,” jelasnya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
2 jam lalu· Politik
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
3 jam lalu· Politik
Saham judi naik selepas Anwar jadi PM, takkan tauke judi nak taja PN: Hadi
13 jam lalu· Politik
Keputusan PRU Parlimen Padang Serai, DUN Tioman penentu landskap politik negara
15 jam lalu· Politik
Popular
Selepas Anwar lantik diri jadi Menteri Kewangan, ketua setiausaha perbendaharaan dicutikan?
December 6, 2022
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
December 5, 2022
16 pesakit Covid-19 meninggal dunia semalam, tujuh direkodkan di Kedah
December 7, 2022
Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Najib singkir Sri Ram
December 7, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Najib singkir Sri Ram
5 jam lalu · Isu semasa
Saman ibu model warga Belanda dibunuh akan dibicarakan
8 jam lalu · Isu semasa
32 mangsa banjir di daerah Jelebu dipindahkan
15 jam lalu · Isu semasa
16 pesakit Covid-19 meninggal dunia semalam, tujuh direkodkan di Kedah
17 jam lalu · Isu semasa
Selepas Anwar lantik diri jadi Menteri Kewangan, ketua setiausaha perbendaharaan dicutikan?
December 6, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
9 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
17 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok