Kelantan jangka kes positif harian Covid-19 boleh cecah 1,000

May 31, 2021 · Isu semasa

Kerajaan Kelantan membayangkan penularan virus Covid-19 di negeri itu akan lebih meluas dengan jangkaan jangkitan sehingga 1,000 kes sehari mulai bulan depan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri Dr Izani Husin berkata ini berdasarkan kepada nisbah jangkitan virus itu berbanding jumlah penduduk yang sangat tinggi sekarang.

Beliau memberi contoh Kota Bharu yang mencatat 583 kes daripada 100,000 penduduk pada masa ini.

Beliau berkata, kegagalan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam tempoh sambutan Aidilfitri lalu mula menunjukkan kesan apabila kes positif harian tinggi dicatat dalam tempoh beberapa hari lalu.

“Kita jangka kes akan naik lagi kerana wabak COVID-19 sudah berada dalam komuniti secara besar-besaran. Sebelum ini kita sudah ingatkan kalau tidak patuhi SOP, selepas raya kes dijangka naik, jangkaan itu tepat.

“Lihat pada trend sekarang, Jun ini kes boleh mencecah hingga 1,000 sehari,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri di Kota Darulnaim yang dipengerusikan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob, hari ini.

Hari ini, Kelantan merekodkan 695 kes positif Covid-19 dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi, meningkat berbanding 612 kes pada Ahad.

Pada 29 Mei lalu Kelantan mencatat 907 kes positif harian, manakala pada 28 Mei sebanyak 851 kes. Pada 27 Mei sebanyak 754 kes; 26 Mei (547 kes); 25 Mei (425 kes); dan 24 Mei (451 kes).

Berita berkaitan
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
PRN Melaka: KKM sudah sediakan SOP
October 9, 2021
Rakyat tertekan berdepan peningkatan kos sara hidup
July 3, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok