Suntikan vaksin di klinik, hospital swasta sebelum akhir Jun

May 30, 2021 · Isu semasa

Sebanyak 1,000 klinik perubatan am swasta (GP) dan hospital swasta akan dijadikan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sebelum 30 Jun ini.

Perkara itu diumumkan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin yang memberitahu PPV swasta itu mampu memberi vaksin dengan sasaran kira-kira 40,000 dos sehari, tertakluk kepada bekalan vaksin.

“Ini sasaran kita untuk klinik (dan hospital) swasta, tertakluk kepada bekalan vaksin. Sebelum ini klinik dan hospital swasta tidak perlu terlibat dengan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan sebab bekalan vaksin tidak banyak.

“Selepas ini, apabila bekalan vaksin sudah meningkat maka kita hendak memudah cara klinik dan hospital swasta untuk memberi vaksin melalui program kita secara percuma,” katanya lapor Bernama hari ini.

Khairy berkata sehingga kini 1,800 GP daripada 2,500 GP berdaftar telah menjalani latihan bersama ProtectHealth Corporation Sdn Bhd (ProtectHealth) sebelum membuka PPV masing-masing.

Mengenai isu bakal jemaah haji yang telah disuntik vaksin Sinovac, beliau berkata kerajaan akan berbincang dengan kerajaan Arab Saudi bagi memberi kelonggaran kepada golongan itu.

Ini berikutan Arab Saudi ketika ini hanya meluluskan vaksin jenama Pfizer dan AstraZeneca bagi memasuki negara itu.

“… kalau untuk bakal jemaah haji yang belum divaksinasi, untuk Tabung Haji kita bagi Pfizer.

“Saya juga telah minta nasihat daripada jawatankuasa pakar kita sekiranya seseorang disuntik dengan Sinovac boleh disuntik lagi dengan Pfizer, itu pun belum terima jawapan,” katanya.

Sementara itu, Khairy turut mengumumkan ciri-ciri terbaharu di dalam aplikasi MySejahtera akan ditambah bagi membolehkan pengguna yang menerima salah tarikh janji temu vaksin AstraZeneca untuk membatalkan atau menukar tarikh baharu.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Pfizer: Kaedah untuk remaja 12 tahun ke atas diputuskan minggu ini
June 21, 2021
47 kematian, kes aktif naik semula
November 24, 2021
Menteri bidas tindakan bekas pemain badminton negara keluar kata-kata perkauman
February 13, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
6 jam lalu · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok