Apakah kalian kebal Covid-19 atau anggap virus hanya rekaan?

May 29, 2021 · Isu semasa

Gara-gara masih ada yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hanya kerana ingin menyambut Aidilfitri, daerah Hulu Terengganu yang dulunya berstatus hijau dalam sekelip mata menjadi zon merah susulan Kluster Raya.

Kekecewaan itu dikongsi Pengarah Kesihatan Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus yang berkata akibat rentas negeri dan ziarah pada hari raya, seluruh Mukim Kuala Berang dikenakan PKP Diperketat (PKPD) bagi membendung penularan yang lebih besar jangkitan Covid-19.

“Sekelip mata terdapat 124 kes aktif yang disumbangkan oleh 5 kluster aktif di Hulu Terengganu. Antaranya Kluster LH. Ada sejarah balik dari Johor 2 hari sebelum raya. Ada pula ziarah raya antara ahli keluarga terdekat.

“Akhirnya seramai 24 orang disahkan positif. Merebak ke pasar pula di mana 4 pekerja am di pasar itu telah disahkan positif. Bagaimana risiko peniaga dan pembeli di situ. Semuanya terdedah dan ditakuti jangkitan telah meluas tanpa sedar,” katanya hari ini.

Katanya sama juga dengan kluster di sebuah taman perumahan yang juga pulang beraya di Bentong dan bertemu jiran-jiran sehingga akhirnya enam disahkan positif dan kontak rapat pula menjangkau ratusan individu.

“Sama lah kisah seorang balik dari Johor untuk berkawin. Tapi masih melakukan ziarah raya dengan famili terdekat. Akhirnya 5 dikesan positif. Kontak rapat masih dikesan.

“Kluster terbaru di Mukim Hulu Telemong pula, ada sejarah balik beraya dari Melaka dan sudah kembali semula ke Melaka. Balik dalam keadaan bergejala. Sudah menular ke sebuah pejabat pula. Akhirnya 10 pekerja pejabat disahkan positif. Kontak rapat sedang dikesan,” katanya.

Luah Dr Azimi lagi:

“Kenapa begini sikap kalian? Nak kata tak tahu rasanya bersepah nasihat melalui media massa diberikan bersabit SOP raya. Tu namanya memperlekehkan SOP.

“Jawapan skema majoriti kes ‘Ingat kan tak ada apa-apa’. Habis selama ini mereka ingat Covid-19 tu rekaan sahaja ke?.”

Beliau turut berkongsi kejadian di Mukim Tanggol di mana 14 individu menziarah ahli keluarga yang meninggal dunia di daerah Marang tanpa menyedari di situ ada kes positif, sehingga akhirnya 14 orang disahkan positif.

Katanya, jika semua 14 individu itu duduk di rumah tidak ada masalah tetapi jika bergerak ke sana sini, kemungkinan 140 orang lagi akan terdedah kepada Covid-19.

“Kalau betul ada keperluan untuk ziarah kematian, memadai seorang atau dua orang sahaja pergi dan patuh SOP sepenuhnya. Ini tidak….

“Akhirnya menular ke masjid pula bila mana seorang bilal dan jemaah disahkan positif. Berapa ramai jemaah dan ahli keluarga jemaah terdedah. Bayangkan…

“Kita terang terang bagi nasihat tangguh rentas negeri tangguh semua majlis raya atau ziarah raya. Nak elak perkara ini tapi kalian berterusan melanggar SOP. Mungkin kalian fikir kalian kebal dengan jangkitan Covid-19,” katanya.

Dr Azimi berkata musibah yang berlaku sekarang ini adalah angkara tangan sendiri bukan orang lain dan tidak perlu lagi menuding jari kepada sesiapa.

“Hakikatnya kita yang salah. Akhirnya kita nangis sama-sama melihat angka kematian meningkat setiap hari merentas sempadan umur. Jangan sampai katil ICU di Terengganu sudah tidak berbaki,” katanya.

Beliau berkata daerah Hulu Terengganu tidak boleh lagi dianggap daerah selamat kerana sekarang ini bukan Mukim Kuala Berang sahaja yang mempunyai kluster.

“Mukim Hulu Telemong dan Mukim Tanggol juga sudah dilanda badai Covid-19. Jika perlanggaran SOP berterusan maka bersedia rakyat Hulu Terengganu menghadapi kluster yang lebih besar.

“Pengumuman lockdown bermula 1hb Jun sungguh melegakan. Diharap tindakan ini berserta kawalan kendiri mampu memutuskan jangkitan dengan cepat. Namun impak Kluster Raya sedang aktif maka kes dijangka terus meningkat,” katanya.

Berita berkaitan
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
14 jam lalu · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok