Ahli perniagaan didakwa guna gelaran Dato Sri palsu

January 5, 2024 · Isu semasa

Seorang ahli perniagaan produk kesihatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menggunakan gelaran “Dato’ Sri” yang palsu bagi tujuan perniagaan, dua tahun lepas.

Hazimi Abd Hamid, 54, didakwa mengeluarkan sepucuk surat bertajuk “Letter of Intent for Research Collabaration on a Project on Ketum Product Development” kepada Azizul Aznan Ab Azid, 44, bagi tujuan perniagaan menggunakan gelaran Dato’ Sri sebagai penerima Anugerah SSAP daripada Sultan Pahang dan juga memiliki barangan Darjah Kebesaran seperti surat watikah pelantikan, kalung gelaran dan kad pengesahan diri sebagai Dato’ Sri serta lain-lain peralatan dari Negeri Pahang yang disahkan palsu.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah kondominium di Mont Kiara, Brickfields di sini pada 1 April 2022.

Pertuduhan mengikut Seksyen 3(1)(a) Enakmen 18, Enakmen Lambang, Gelaran atau Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Pahang 2017 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 3(3) enakmen sama yang membawa hukuman denda minimum RM250,000 dan maksimum RM500,000 atau penjara tidak kurang setahun dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Amir Hannif Ahijman menawarkan jaminan RM80,000 dengan seorang penjamin, namun peguam Datuk Hasnal Rezua Merican yang mewakili tertuduh memohon jaminan dikurangkan atas alasan anak guamnya menanggung empat anak dan tidak mempunyai risiko untuk melarikan diri.

Hakim Azrul Darus membenarkan tertuduh diikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 5 Feb depan untuk sebutan kes bagi serahan dokumen.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Popular
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
KKM bangunkan sistem kumpul data kes bunuh diri
October 14, 2021
Hukuman berat untuk si pendera!
September 9, 2022
Fenomena gila berbelanja beri kesan psikologi
October 25, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok