Tanah runtuh di Puchong, penghuni tujuh buah rumah dikosongkan

December 16, 2023 · Isu semasa

Tujuh rumah teres di Jalan Wawasan di Puchong, Selangor terpaksa dikosongkan selepas berlaku tanah runtuh di hadapan sebuah daripada rumah berkenaan, malam ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian tanah runtuh berkenaan pada 7.26 malam tadi melibatkan kawasan seluas 50 meter, lapor Bernama.

“Tanah runtuh berkenaan menyebabkan kerosakan sebuah kereta jenis Honda yang diletakkan di hadapan rumah, bagaimanapun tiada mangsa terlibat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Wan Md Razali sebagai langkah keselamatan, JBPM Selangor telah mengarahkan penghuni tujuh rumah yang berhampiran kawasan tanah runtuh itu mengosongkan segera kediaman mereka kerana pergerakan tanah masih berlaku.

Berita berkaitan
Tanah runtuh di Jalan Syed Putra, seorang disahkan maut tertimbus
May 4, 2023· Isu semasa
Penghuni kuarters Akademi SPRM dipindah susulan tanah runtuh
April 26, 2023· Isu semasa
Kejadian tanah runtuh di Batu Gajah, 28 penduduk dipindahkan
February 10, 2023· Isu semasa
2,586 mangsa banjir, tanah runtuh 5 negeri masih berlindung di 19 PPS
December 27, 2022· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Perhimpunan baju hitam di ibu kota didalangi ahli politik, NGO disiasat polis
January 23, 2022
Tips keselamatan makanan semasa banjir
March 2, 2022
Elak keracunan makanan di Aidilfitri
April 26, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok