Penghuni kuarters Akademi SPRM dipindah susulan tanah runtuh

April 26, 2023 · Isu semasa

Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) telah mengosongkan seluruh kawasan akademi itu dengan memindahkan seramai 45 individu susulan kejadian tanah runtuh di pintu masuk utamanya pada kira-kira 1.30 tengah hari tadi.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataan malam ini memaklumkan individu terbabit yang terdiri daripada 22 pegawai, 16 pekerja pembersihan dan tujuh penghuni kuarters termasuk keluarga pegawai telah selamat dipindahkan dari bangunan MACA ke kawasan selamat, menurut laporan Bernama.

“Pengosongan tersebut adalah atas nasihat pihak bomba dan akan berlarutan sehingga kawasan terlibat diisytiharkan selamat dan ketika ini, pihak MACA turut bersedia dengan arahan lanjut pihak berkuasa serta akan membuat pemakluman dari semasa ke semasa.

“Sehubungan itu, pihak MACA memohon orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi dan memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kejadian tanah runtuh tersebut,” menurut kenyataan itu.

Ketika kejadian, seramai 76 orang terdiri daripada 36 lelaki dan 40 wanita yang merupakan petugas pentadbiran MACA dan Institut Integriti Malaysia, yang terletak bersebelahan akademi itu berdepan detik cemas selepas berlaku runtuhan tanah di kawasan tersebut namun mereka tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kejadian itu melibatkan kawasan di depan pintu akademi milik SPRM dan meruntuhkan sebuah pondok kawalan dengan keluasan tanah runtuh dianggarkan 30.48 x 36.57 meter persegi.

Berita berkaitan
Isteri saya bukan kerabat, Radzi nafi terlibat dalam projek cetak buku
24 jam lalu· Politik
Permohonan akan dibuat untuk ketepikan tiga pertuduhan, kata peguam Muhyiddin
September 19, 2023· Politik
Dakwa semula Zahid dan asingkan AG SPRM daripada kuasa eksekutif
September 15, 2023· Politik
Hamzah sahkan akaun peribadi dan isteri dibekukan, dakwa bermotif politik
August 24, 2023· Politik
Popular
Peningkatan mangsa banjir di Sabah dan Perak
September 23, 2023
Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek
September 23, 2023
Tun M komited bantu pembangunan ekonomi ‘SG4’
September 21, 2023
Ringgit dibuka menghampiri RM4.70 berbanding dolar
September 22, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek
23 jam lalu · Isu semasa
Peningkatan mangsa banjir di Sabah dan Perak
24 jam lalu · Isu semasa
Polis Perak rampas dadah RM1.5 juta, lima orang ditangkap
September 22, 2023 · Isu semasa
Ringgit dibuka menghampiri RM4.70 berbanding dolar
September 22, 2023 · Isu semasa
Banjir Perak: Jumlah mangsa dipindah meningkat pagi ini
September 22, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tok Guru Hadi di Simpang Pelangai
19 jam lalu
[VIDEO] Dah bohong sini, dia bohong di New York
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok