Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan

December 15, 2023 · Isu semasa

Perbicaraan kes rasuah Datuk Seri Najib Tun Razak membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) disingkatkan hari ini setelah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu bahawa seorang saksi utama telah dijangkiti virus COVID-19, manakala seorang lagi merupakan kontak rapat kepada pesakit Covid-19.

Saksi berkenaan adalah Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Nur Aida Arifin dan penganalisis Bank Negara Malaysia (BNM) Adam Ariff Mohd Roslan, lapor Bernama.

Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Kamal Baharin Omar memberitahu Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bahawa Nur Aida yang kini sedang dikuarantin tidak dapat hadir bagi perbicaraan yang dijadualkan pada Isnin depan.

“Yang Arif, saksi pendakwaan ke-47 Adam Ariff yang akan dipanggil pada Isnin depan, kini sedang dalam ‘pengawasan’ kerana beliau merupakan kontak rapat dengan pesakit Covid-19,” kata Kamal Baharin.

Hakim kemudian menangguhkan prosiding hari ini sehingga Isnin.

Terdahulu, mahkamah mendengar keterangan saksi pendakwaan ke-48, Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Pengubahan Wang ACP Foo Wei Min mengenai siasatan yang telah dilakukannya terhadap akaun Najib berkaitan pengubahan wang haram.

Foo, yang pertama kali memberi keterangan pada 12 Okt, selesai memberi keterangan beliau di mahkamah hari ini tetapi boleh dipanggil semula jika diperlukan.

Najib, 70, menghadapi empat tuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 tuduhan pengubahan wang melibatkan jumlah yang sama.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Tiga bersaudara lemas berkelah di Sungai Lata Changkah di Setiu
June 11, 2022
Permit tepung gandum dibatal, pastikan bekalan cukup
May 23, 2022
Fenomena gila berbelanja beri kesan psikologi
October 25, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok