Sesi dagangan Bursa berakhir rendah pada tengah hari

December 13, 2023 · Isu semasa

Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi ini lebih rendah berikutan peserta pasaran menunggu keputusan kadar dana Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) dan mesyuarat bank pusat utama global.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 0.32 mata kepada 1,446.80 berbanding 1,447.12 semasa ditutup semalam, lapor Bernama.

FBM KLCI dibuka rendah 1.04 mata kepada 1,446.08 dan bergerak antara 1,443.72 dan 1,448.48 sepanjang sesi.

Di pasaran lebih luas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 379 kepada 370, manakala 431 kaunter tidak berubah, 1,143 tidak diniagakan dan 21 lain digantung dagangan.

Jumlah dagangan sebanyak 2.03 bilion unit bernilai RM1.15 bilion.

Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB) berkata pelabur kini mengalihkan semula tumpuan mereka terhadap mesyuarat Fed AS selepas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan rombakan barisan Kabinet Perpaduan semalam.

“Tanpa mengambil kira penurunan di bawah paras sokongan, bursa dijangka meneruskan aliran meningkatnya pada Disember.

“Keyakinan ini disokong dengan jangkaan bahawa Fed akan menamatkan kitaran kenaikan kadar dan kitaran perlahan dalam pertumbuhan ekonomi AS serta aktiviti memperelokkan akaun pada akhir tahun,” katanya.

Bagi saham wajaran tinggi, Maybank naik satu sen kepada RM9.08, Petronas Chemicals menambah tiga sen kepada RM7.12, Public Bank turun satu sen kepada RM4.24, CIMB tidak berubah pada RM5.79 dan CelcomDigi turun dua sen kepada RM4.08.

Bagi saham aktif, Sarawak Cables meningkat empat sen kepada 25 sen, Bina Puri naik setengah sen kepada sembilan sen, Ageson menokok dua sen kepada 7.5 sen dan TWL Holdings tidak berubah pada 3.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 13.55 mata kepada 10,695.63, Indeks FBMT 100 naik 13.22 mata kepada 10,362.78, Indeks FBM 70 menokok 85.99 mata kepada 14,164.17, Indeks FBM ACE meningkat 3.42 mata kepada 5,134.45 dan Indeks FBM Emas Syariah menokok 13.96 mata kepada 10,788.77.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan naik 13.18 mata kepada 6,986.76, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.35 mata kepada 170.45 manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 7.60 mata kepada 16,368.66 dan Indeks Tenaga berkurangan 6.26 mata kepada 789.21.

Berita berkaitan
Bursa dibuka rendah, pasaran lemah
December 7, 2023· Isu semasa
Bursa dibuka rendah menjelang keputusan mesyuarat rizab AS
November 1, 2023· Isu semasa
Pasaran saham ditutup rendah, prestasi pasaran bercampur-campur
October 30, 2023· Isu semasa
Menjelang pembentangan Bajet 2024, Bursa kekal rendah pada tengahari
October 13, 2023· Isu semasa
Popular
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
PM, NEC sokong usaha Perkeso bantu 200,000 Orang Bekerja Sendiri
May 9, 2021
Cukai terhadap produk bergula mampu bantu atasi masalah diabetes
November 15, 2021
Harga barang naik, amalkan langkah bijak berbelanja
December 10, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok