Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa

December 4, 2023 · Isu semasa

Seorang ahli perniagaan bergelar “Datuk” antara tiga lelaki yang didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini atas tiga pertuduhan mengedar dadah lebih 23.5 kilogram, bulan lepas.

Pertuduhan terhadap Datuk Loong Chan Yow, 46, Wong Fook Loy, 46, dan Chai Choon Foo, 54, dibacakan di hadapan Majistret R. Salini, lapor Bernama.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga lelaki itu didakwa bersama-sama dengan dua lagi lelaki warga Myanmar, mengedar dadah methylenedioxymethamphetamine (MDMA) jenis serbuk masing-masing seberat 22.5 kg dan 673 gram serta jenis pil seberat 368 gram di Jalan Sagai 6, Taman Pasir Putih, Pasir Gudang di sini, pada 11 pagi, 27 Nov lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan tidak kurang 15 sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 23 Jan depan untuk bacaan pertuduhan oleh jurubahasa Myanmar terhadap tertuduh dua lelaki warga Myanmar iaitu Win Min Hliang, 30, dan Kaung Myat Phyoe, 26, serta sebutan semula bagi laporan kimia.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Fatimah Mamu manakala peguam Mohd Hamizi Mohd Yusof mewakili kelima-lima tertuduh.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Popular
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Perhimpunan baju hitam di ibu kota didalangi ahli politik, NGO disiasat polis
January 23, 2022
Seorang lelaki ditahan polis berhubung hantaran barang kemas pembantu PM
September 15, 2022
Polis tahan 11 lagi saksi kes tarian separuh bogel majlis Aidilfitri
June 4, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok