Dakwaan gangguan seksual dihadapi Wahab, polis akan panggil beberapa individu

December 2, 2023 · Isu semasa

Beberapa individu akan dipanggil pihak polis untuk membantu siasatan dakwaan kes gangguan seksual melibatkan bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff.

Polis akan menyiasat dakwaan dibuat dalam laporan polis dibuat Penolong Pegawai J-KOM, Abdul Wahab Abdul Kadir berhubung gangguan seksual berlaku terhadapnya sebelum ini semasa di Sarawak.

Menurut laporan MalaysiaGazette, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, polis sudah selesai mengambil keterangan daripada Wahab yang membuat aduan berhubung kes ini Khamis lalu.

“Kita (polis) telah selesai ambil keterangan Wahab kelmarin (30 November).

“Namun, dalam kes ini beberapa lagi saksi lain akan dipanggil polis bagi membantu siasatan lanjut,” katanya dipetik laporan.

Tambah Razarudin lagi, ia merupakan siasatan baharu yang dikendalikan oleh polis ketika ini.

“Ini merupakan siasatan baharu. Manakala, kertas siasatan berkaitan kes dakwaan video fitnah perbualan lucah mengaitkan Agus pula telah dirujuk kepada pejabat Peguam Negara semalam (Jumaat),” ujarnya.

Semalam, Razarudin mengesahkan bahawa pihaknya sudah memulakan siasatan berkaitan laporan polis Wahab yang mendakwa dirinya telah diganggu secara seksual oleh Agus di Bintulu, Sarawak.

Katanya, siasatan itu dijalankan selepas Wahab ditemani peguamnya, Faizal Abdul Rahman membuat laporan polis di Balai Polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang pada 30 November lalu.

Razarudin berkata, Wahab mendakwa menerima gangguan secara seksual itu daripada Agus di sebuah hotel di Bintulu dipercayai berlaku pada 21 Oktober lalu.

Jelasnya, polis telah membuka siasatan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul dan Seksyen 377D atas kesalahan melanggar kesopanan.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Popular
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Tiada apa boleh henti pilihan raya jika Darurat tamat: KP Kesihatan
June 11, 2021
KDN haramkan ‘Gay is Okay! A Christian Perspective’ sejajar undang-undang
May 18, 2023
Cabaran dan peranan wanita berkerjaya semasa era pandemik
August 31, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rosmah disaman 1MDB AS$346 juta, tuntut pulangkan barang mewah
May 10, 2024 · Isu semasa
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
May 10, 2024 · Isu semasa
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok