Imbuhan penjawat awam negeri diumum selepas PRK Kemaman: Ahmad Samsuri

November 27, 2023 · Politik

Kerajaan Terengganu akan mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan kepada penjawat awam negeri itu selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman selesai.

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata langkah itu diambil bagi mengelak daripada timbul sebarang isu kelak, memandangkan perang kempen PRK sedang rancak berjalan ketika ini, lapor Bernama.

Tanpa memperincikan jumlah pemberian berkenaan, Ahmad Samsuri yang juga calon PAS bagi PRK Parlimen Kemaman membayangkan ada sedikit kenaikan berbanding jumlah yang diumumkan pada tahun lepas iaitu RM900.

“Insya-Allah kita akan umum selepas selesai PRK Kemaman… jumlah naik sikit daripada dulu,” katanya kepada pemberita selepas selesai membentangkan Belanjawan 2024 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu ke-15 di Wisma Darul Iman hari ini.

Sebelum ini beberapa negeri telah mengumumkan pemberian bantuan khas kepada kakitangan awam negeri antaranya Pulau Pinang sebanyak setengah bulan gaji, Johor (dua bulan gaji), Selangor (dua bulan setengah gaji) dan Kedah serta Sabah masing-masing sebanyak RM2,000.

PRK Parlimen Kemaman menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Ahmad Samsuri dan calon Barisan Nasional Jen (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan Sabtu ini bagi hari mengundi untuk PRK itu yang diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 Sept lepas membatalkan kemenangan calon PAS Che Alias Hamid pada Pilihan Raya Umum ke-15.

Berita berkaitan
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Seperti Zahid, Anwar juga dalam penafian selepas kekalahan PRK Kemaman
December 5, 2023· Politik
PRK Kemaman: Peratusan keluar mengundi setakat 4 petang sebanyak 60 peratus
December 2, 2023· Isu semasa
PRK Kemaman: 48 peratus sudah keluar mengundi setakat 2 petang
December 2, 2023· Politik
Popular
UMNO Sabah mula minta senarai calon PRU-15
August 10, 2022
Armada Bersatu lapor polis maklumat siasatan bocor melibatkan Menteri UMNO
April 12, 2023
Isu sokong Anwar tak dijawab, Najib bidas pula pemimpin UMNO obses PRU
May 10, 2021
Kenaikan OPR tak jejas peluang dalam PRN, kata Rafizi kepada Hassan
May 7, 2023
Lagi Politik terkini
Bawa kad pengenalan, SPR ingatkan pengundi di PRK KKB
May 10, 2024 · Politik
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok