196 warga PDRM ditahan kerana dadah semasa 10 bulan pertama tahun ini: KPN

November 24, 2023 · Isu semasa

Seramai 196 anggota dan pegawai polis ditahan kerana terbabit dalam aktiviti penyalahgunaan dadah bagi tempoh 10 bulan pertama tahun ini, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

Beliau berkata dalam tempoh sama seramai 623 anggota dan pegawai polis ditahan kerja manakala 156 pula digantung kerja, lapor Bernama.

Katanya, bagi tempoh Januari hingga Oktober lalu, sebanyak 5,413 aduan diterima Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Bukit Aman yang mana 4,497 laporan membabitkan pegawai polis.

Razarudin berkata daripada jumlah itu, 2,841 (52.48 peratus) adalah aduan berkaitan salah laku di bawah kategori integriti.

“Polis tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana warga pasukan yang didapati terlibat dengan aktiviti salah laku yang boleh menjatuhkan nama baik serta maruah pasukan,” katanya ketika berucap pada Majlis Pengiktirafan Tolak Rasuah dan Pelancaran Peraturan 3C sempena Sambutan Bulan Integriti 2023 di Maktab PDRM, Cheras, di sini, hari ini.

Razarudin mengingatkan semua ketua jabatan, pegawai pemerintah dan penyelia agar memainkan peranan masing-masing dengan menjalankan kawalan serta pemantauan ke atas pegawai dan anggota yang diselia.

Beliau berkata berdasarkan kepada prinsip akauntabiliti, penyeliaan dan pemantauan harus dilaksanakan dengan bertunjangkan Peraturan 3C Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 sebagai mekanisme check and balance.

Sementara itu, Razarudin berkata beliau tetap yakin masih ramai anggota dan pegawai PDRM yang mempunyai integriti tinggi meskipun agensi penguatkuasa itu sentiasa terdedah dengan pelbagai tuduhan mahupun tohmahan yang mencabar kredibiliti pasukan.

Berita berkaitan
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024· Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024· Isu semasa
Popular
Bajet 2024: Cukai perkhidmatan naik jadi 8%, subsidi minyak diesel dimansuhkan
October 13, 2023
88 peratus pemberi rasuah bukan Melayu, kata Zuhdi petik kajian PhD
September 7, 2022
PM puas hati kerja Azam Baki, tidak pilih puak
May 15, 2023
KDN haramkan ‘Gay is Okay! A Christian Perspective’ sejajar undang-undang
May 18, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok