PM puas hati kerja Azam Baki, tidak pilih puak

May 15, 2023 · Isu semasa

Perkhidmatan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dilanjutkan susulan sikapnya yang menjalankan tugas dan siasatan tanpa mengira puak atau parti.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sebelum ini belum pernah dalam sejarah pejabat menteri digeledah SPRM bagi menjalankan siasatan.

“Atas kapasiti itu kita teruskan khidmat beliau,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Majis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) di bangunan Perdana Putra di Putrajaya, hari ini.

Sebelum ini Kementerian Sumber Manusia disiasat berkait rasuah dan SPRM menggeledah pejabat dan kediaman menterinya, V Sivakumar pada Ahad bagi melengkapkan siasatan berhubung dakwaan menerima wang bernilai jutaan ringgit menerusi orang tengah sebagai jaminan meneruskan kontrak kerajaan terhadap individu tertentu.

Difahamkan, penggeledahan terbabit bagi menjejaki wang yang didakwa diperolehi Sivakumar.

Dalam pada itu, Anwar berkata Azam diberi kebebasan untuk menerajui SPRM dalam usaha membanteras pengalahgunaan, salah laku dan rasuah.

“Beliau dilantik semasa Pagoh (Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri).

“Dari segi kerja saya bagi kelonggaran sebagai pihak berkuasa kepada SPRM dan Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk jalankan tugas. Beliau jalankan tugas memuaskan,” katanya.

Sebelum ini Media melaporkan pelantikan semula Azam mendapat perkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkuat kuasa 12 Mei lalu.

Azam menjawat sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 9 Mei 2020 lalu bagi menggantikan Latheefa Koya yang mengambil keputusan memendekkan kontrak perkhidmatannya.

Berita berkaitan
Dana judi : Parti politik disiasat jangan panik, kata Azalina
9 minit lalu· Politik
Bukan korek cerita lama, mahu harta rakyat dipulangkan: PMX
1 jam lalu· Politik
Jho Low : Agensi keselamatan Macau kecam SPRM
2 jam lalu· Isu semasa
PN hantar 3 soalan untuk Anwar jawab di Parlimen
4 jam lalu· Isu semasa
Popular
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023
PN hantar 3 soalan untuk Anwar jawab di Parlimen
June 2, 2023
Jho Low : Agensi keselamatan Macau kecam SPRM
June 2, 2023
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
June 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Menteri akui bekalan air di Sabah kritikal
57 minit lalu · Isu semasa
PN bawa usul berkait kalimah ALLAH ke Parlimen
7 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
June 1, 2023 · Isu semasa
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
June 1, 2023 · Isu semasa
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
June 1, 2023
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
June 1, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok