MB Terengganu diumum calon Parlimen Kemaman

November 17, 2023 · Politik

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dinamakan sebagai calon PAS bagi mempertahankan kerusi Parlimen Kemaman pada Pilihan Raya Kecil (PRK).

Pengumuman mengenainya dibuat Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man pada ceramah perdana majlis pengisytiharan calon PAS PRK Kemaman di sini malam tadi, lapor Bernama.

Samsuri, 53 yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ru Rendang dan Naib Presiden PAS itu dijangka berdepan bekas Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor yang diumumkan sebagai calon Barisan Nasional.

PRK Parlimen Kemaman diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 Sept lepas yang membatalkan kemenangan calon PAS Che Alias Hamid pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

SPR menetapkan Sabtu ini sebagai hari penamaan calon, manakala 28 Nov dan 2 Dis masing-masing bagi pengundian awal dan hari mengundi.

Pada PRU-15 Che Alias menang kerusi Parlimen Kemaman dengan majoriti 27,179 undi selepas memperoleh 65,714 undi, menewaskan Pengerusi UMNO Terengganu Datuk Seri Ahmad Said yang mendapat 38,535 undi sekali gus menyaksikan PAS mendominasi kesemua 14 kerusi Parlimen di negeri berkenaan.

Dua lagi calon yang bertanding di kerusi itu pada PRU15 ialah Rosli Ab Ghani (Pejuang) dan Hasuni Sudin (Pakatan Harapan) dengan masing-masing mendapat undi sebanyak 506 dan 8,340 undi.

Berita berkaitan
Bawa kad pengenalan, SPR ingatkan pengundi di PRK KKB
May 10, 2024· Politik
Rosmah disaman 1MDB AS$346 juta, tuntut pulangkan barang mewah
May 10, 2024· Isu semasa
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024· Politik
Popular
Zahid tuduh BN diugut, cuba pujuk MIC
April 3, 2021
PRN Johor bukan strategi kluster mahkamah lepaskan diri: Annuar
January 29, 2022
Kenaikan OPR tak jejas peluang dalam PRN, kata Rafizi kepada Hassan
May 7, 2023
Senarai calon PN di semua 28 kerusi PRN Melaka
November 8, 2021
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok