Senarai calon PN di semua 28 kerusi PRN Melaka

Seramai 28 orang calon dipilih mewakili Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November, ia terdiri pelbagai latar belakang sama ada calon muda dan juga berpengalaman.

Parti Bersatu bertanding 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), sementara PAS bertanding lapan kerusi dan Parti Gerakan pula lima kerusi.

Sebanyak 43 peratus wajah yang ditampilkan berusia 40 tahun ke bawah dengan sebahagian besarnya terdiri daripada golongan profesional dan berpendidikan tinggi serta komited demi kepentingan dan kebajikan rakyat.

Antara nama besar yang mencuri tumpuan dalam PRN Melaka pada 20 November, antaranya Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsuddin yang diletakkan PN di kerusi Tanjung Bidara serta Naib Presiden Bersatu, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen di kerusi Telok Mas.

PRN Melaka adalah yang kedua akan dihadapi PN sebagai sebuah gabungan parti politik berdaftar secara sah selepas kejayaan dalam PRN Sabah lalu.

Berikut adalah senarai calon-calon yang bertanding atas lambang PN kali ini di Melaka.

BERITA BERKAIT
POPULAR