Penipuan guna dokumen palsu, pembantu tadbir didenda RM20,000

November 7, 2023 · Isu semasa

Seorang pembantu tadbir kewangan di Markas Tentera Laut didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini selepas mengaku bersalah menggunakan dokumen palsu berhubung permohonan perkhidmatan sajian bagi dua program di Kementerian Pertahanan Malaysia.

Hakim Rozina Ayob turut memerintahkan Norshuhada Ismail, 35, menjalani hukuman penjara 30 hari, jika gagal membayar denda. Tertuduh membayar denda itu, lapor Bernama.

Sebelum menjatuhkan hukuman, Rozina berkata sebagai ibu, tertuduh sepatutnya menjadi contoh kepada anak-anaknya.

Norshuhada didakwa sebagai ejen kepada Kementerian Pertahanan Malaysia telah bersubahat dengan seorang pengurus syarikat menggunakan suatu dokumen sebagai tulen iaitu Kertas Kerja Permohonan Perkhidmatan Sajian bagi Kursus Bijak Urus Wang dan Bengkel Memperkasakan Modal Insan pada Mac 2022 berjumlah RM15,776 untuk memperdayakan kementerian itu.

Kesalahan itu dilakukan di pejabat Pusat Tanggungjawab (PTJ) Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Markas Tentera Laut, Kementerian Pertahanan Malaysia di sini antara Februari hingga Mac 2022.

Pertuduhan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 109 kanun sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Afiqah Ab Razak memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh selain mengambil kira kes ini membabitkan penjawat awam.

“Tertuduh merupakan pembantu tadbir kewangan yang menguruskan perolehan. Ini profesion mulia yang tidak seharusnya dicemari unsur jenayah.

“Penggunaan dokumen palsu adalah sikap tamak tertuduh. Selain itu, pendakwaan juga tidak membantah sekiranya hukuman denda diberikan kepada tertuduh dalam jumlah RM20,000 hingga RM25,000,” katanya.

Norshuhada yang tidak diwakili peguam merayu agar tidak dipenjarakan sebaliknya didenda antara RM20,000 hingga RM25,000 atas alasan dia menanggung keluarga dan mempunyai tiga anak yang masih kecil.

“Ini merupakan kesalahan pertama saya. Saya insaf dan menyesal serta berjanji tidak akan melakukan kesalahan sama. Dengan hukuman ini, saya akan dikenakan tindakan tatatertib dan dibuang kerja dari Kementerian Pertahanan yang saya telah bertugas lebih 10 tahun.

“Saya juga akan kehilangan sumber pendapatan dan tempat tinggal memandangkan saya tinggal di kuarters kakitangan awam,” kata wanita itu dalam nada sebak.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Popular
Kes penceramah pro-PH hina Sultan Selangor, mahkamah tolak permohonan Wan Ji
August 14, 2023
Siak tak tahu kena Covid-19 meninggal di klinik swasta
May 23, 2021
Pasangan kekasih didakwa membunuh
July 14, 2022
Isu LGBT dalam kalangan agamawan rosakkan imej Islam
September 25, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rosmah disaman 1MDB AS$346 juta, tuntut pulangkan barang mewah
May 10, 2024 · Isu semasa
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
May 10, 2024 · Isu semasa
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok