Pasangan kekasih didakwa membunuh

July 14, 2022 · Isu semasa

Sepasang kekasih dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pemuda di Kampung Gondang, Ketereh di sini Mei lepas.

Maizatul Shima Abdullah, 21, dan Muhammad Zaim Syakir Shaari, 20, hanya mengangguk tanda faham selepas pertuduhan ke atas mereka dibacakan bersama di hadapan Majistret Muhammad Fitri Mokhtar, lapor Bernama.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada mereka kerana kes bunuh adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua mereka didakwa dengan niat membunuh sehingga menyebabkan kematian seorang lelaki bernama Muhamad Fahmi Adli Mat berusia 24 tahun dengan cara menetak tubuh badan mangsa menggunakan parang.

Mereka dituduh melakukan perbuatan itu di kawasan perkuburan lama Islam Kampung Gondang antara pukul 10 malam 14 Mei dan 1 pagi 15 Mei lepas di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Yusnaliza Mohammad Yusoff tidak menawarkan sebarang jaminan kerana kesalahan itu tidak boleh dijamin manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah tidak membenarkan mereka diikat jamin serta menetapkan 26 Okt untuk sebutan semula kes dan laporan forensik.

Berita berkaitan
Bekas penyelia Felda dipenjara 6 bulan dalam kes palsukan bayaran gaji
February 3, 2023· Isu semasa
Kes 1MDB Najib: Saksi bekas pengurus Ambank nafi bersuhabat dengan Jho Low
February 3, 2023· Isu semasa
Saksi bank kes 1MDB terkejut Jho Low nafi pernah berhubung dan berurusan
February 2, 2023· Isu semasa
Bekas isteri ahli perniagaan jual makanan tanggung tiga anak
February 2, 2023· Isu semasa
Popular
‘Kumpulan tuntut, serang Sabah bukan waris sah Sultan Sulu’
February 5, 2023
Exco Selangor sahkan pembukaan tanah di Taman Negeri untuk pelaksanaan ECRL
February 4, 2023
Sayur pula naik harga, kerajaan PH-BN gagal selesai masalah rakyat
February 5, 2023
Najib sentap dikritik berpakaian Hindu semasa melawat sambutan Thaipusam
January 20, 2022
Lagi Isu semasa terkini
211 kes, sifar kematian semalam
22 minit lalu · Isu semasa
580 mangsa banjir di 3 negeri pindah ke tujuh PPS hingga malam ini
12 jam lalu · Isu semasa
Sayur pula naik harga, kerajaan PH-BN gagal selesai masalah rakyat
13 jam lalu · Isu semasa
‘Kumpulan tuntut, serang Sabah bukan waris sah Sultan Sulu’
13 jam lalu · Isu semasa
Kanser serviks kerap serang wanita muda
21 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan ada peluang menang PRN, yang pasti UMNO ‘bungkus’
February 3, 2023
[VIDEO] Beku akaun Bersatu, sabotaj Perikatan menang PRN enam negeri
February 2, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok