Bapa pukul anak didakwa miliki parang

November 6, 2023 · Isu semasa

Seorang lelaki yang ditahan kerana menumbuk dan menendang anak kandungnya yang berusia 12 tahun, hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar atas pertuduhan memiliki senjata berbahaya iaitu sebilah parang, minggu lepas.

Tertuduh Mohamad Zairi Mohamad Nawi, 37, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memiliki parang berhulu plastik berwarna merah tanpa sebarang maksud yang sah di tepi jalan Kampung Perah, Gerik, kira-kira 3.45 petang, 30 Okt, lapor Bernama.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Firdaus Nor Azlan tidak menawarkan sebarang jaminan, sementara tertuduh yang tidak diwakili peguam tidak merayu untuk diberi jaminan, selain memaklumkan tiada ahli keluarga yang hadir untuk menjamin dirinya.

Hakim Rohaida Ishak menetapkan sebutan semula kes untuk lantikan peguam pada 6 Dis ini dan tiada jaminan dibenarkan.

Pada 30 Okt, media melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun cedera akibat ditumbuk dan ditendang bapa kandung semasa berada di rumah ibu saudaranya di Kampung Perah, pada petang 29 Okt.

Ketua Polis Daerah Gerik Supt Zulkifli Mahmood memaklumkan, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika suspek berusia 37 tahun itu datang ke rumah pengadu yang merupakan wanita warga Thailand berusia 35 tahun, pada kira-kira 5 petang.

Beliau berkata suspek kemudian bertindak menumbuk dan menendang belakang badan kanak-kanak itu, serta melibas sebilah parang yang berada di tangannya dan hampir mengenai mangsa.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Popular
Kes penceramah pro-PH hina Sultan Selangor, mahkamah tolak permohonan Wan Ji
August 14, 2023
Siak tak tahu kena Covid-19 meninggal di klinik swasta
May 23, 2021
Pasangan kekasih didakwa membunuh
July 14, 2022
Isu LGBT dalam kalangan agamawan rosakkan imej Islam
September 25, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rosmah disaman 1MDB AS$346 juta, tuntut pulangkan barang mewah
May 10, 2024 · Isu semasa
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
May 10, 2024 · Isu semasa
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok